Thursday, June 27, 2013

Today's Pick (27/06/13/1013/1038)Mapem: TPP tambah derita usahawan baru

Mapem: TPP tambah derita usahawan baru


PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan memberi kesan secara langsung kepada usahawan baru dan menyukarkan perniagaan mereka berkembang maju.

Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (Mapem), Tan Sri Rozali Ismail berkata (Gambar), ini kerana usahawan baru perlu bersaing dengan pasaran global.

"Ia akan beri kesan kerana persaingan hingga ke peringkat global akan menambah keperitan mereka.

"Dalam mesyuarat tadi (semalam) kita turut bincangkan perkara ini. Memang menjejaskan mereka jika (TPP) diteruskan," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Mapem di Shah Alam, semalam.

Mesyuarat Agung Mapem yang pertama bagi tahun ini turut dihadiri 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat isu ekonomi Melayu.

Mapem berfungsi sebagai penasihat dan perunding secara langsung kepada usahawan dan peniaga Melayu di setiap negeri di Malaysia.

Justeru, kata Rozali, beliau menyarankan kepada kerajaan supaya mengkaji semula berkenaan perkara tersebut.

"Kita berharap kerajaan adakan kajian mendalam mengenai TPP kerana ia akan beri kesan tidak baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain pada sidang media yang sama, Rozali turut menyatakan pandangannya supaya kerajaan menekankan isu ekonomi Melayu untuk dimuatkan dalam Bajet 2014.

"Tahap ekonomi Melayu masih di bawah 50 peratus, jadi kita kena buat perubahan dalam pendekatan ekonomi bagi mencapai 60 peratus.

"Perkara ini dapat dilihat melalui bantuan kepada peniaga kecil. Sudah masanya untuk kita lebih memfokuskan kepada pemasaran eksport sesuatu produk," kata beliau


Source : Sinar
Date : 26 June 2013
Today's Pick (27/06/13/1013/1038)





No comments: