Monday, June 17, 2013

Today's Pick (23/05/13/89/1014) Delegasi ke OTC mampu raih projek RM5.5b

Delegasi ke OTC mampu raih projek RM5.5b


29 firma minyak, gas pamer kemampuan di Texas

DELEGASI negara yang terdiri daripada 29 syarikat minyak dan gas, agensi kerajaan dan persatuan berkaitan, berupaya meraih projek dan jualan mencecah RM5.5 bilion di Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) di Texas baru-baru ini.

Dalam kenyataannya semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wong Lai Sum, berkata daripada jumlah itu, syarikat yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjana jualan dan projek bernilai RM889 juta.

Beliau menyifatkan kejayaan PKS dalam menjana jualan dan meraih projek pada persidangan itu, adalah amat menggalakkan.

Sehubungan itu, Beliau juga mencadangkan PKS Malaysia yang terbabit dalam industri minyak dan gas supaya bekerjasama di kalangan mereka bagi mencapai ekonomi bidangan untuk menceburkan diri di dalam rantaian kepada bekalan pemain yang lebih besar.

Selain itu, dua syarikat tempatan, Deleum Bhd dan Wasco Energy Group membanggakan negara di OTC 2013 yang diadakan pada 6 hingga 9 Mei di Houston, Texas.

Deleum Bhd dipilih oleh OTC untuk membentangkan satu kertas teknikal bertajuk "Thermo Chemical In-Situ Heat Generation Technique to Remove Organic Solid Deposition: Effective Tool for Production Enhancement and Flow Assurance."

"Teknik Termo Kimia Penjanaan Haba Untuk Membuang Pemendapan Pepejal Organik:. Alat Berkesan untuk Peningkatan Pengeluaran dan Jaminan Aliran".

Sementara itu, Wasco Energy Group diberi Anugerah di OTC 2013 bagi bahan "Neptune" yang baru. - BERNAMA

Source : Berita Harian
Date : 23 May 2013
Today's Pick (23/05/13/89/1014)

No comments: