Friday, June 14, 2013

Afternoon Highlight (17/05/13/84/782)90 PERATUS USAHAWAN M'SIA MAHU MULAKAN SEMULA PERNIAGAAN JIKA BERPELUANG - KAJIAN

90 PERATUS USAHAWAN M'SIA MAHU MULAKAN SEMULA PERNIAGAAN JIKA BERPELUANG - KAJIAN


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kajian yang dijalankan oleh Regus Plc, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, menunjukkan 90 peratus usahawan Malaysia mahu menjalankan semula perniagaan mereka jika diberikan peluang.Dalam satu kenyataan hari ini, Regus berkata walaupun menghadapi cabaran serius, perniagaan mikro dan kecil tempatan menunjukkan semangat keusahawanan yang tidak berbelah-bahagi walaupun ada dalam kalangan mereka mungkin membuka syarikat walaupun tidak perlu.

"Cabaran yang mereka hadapi bukan baharu, namun mereka jelas menyatakan mereka tidak dapat banyak faedah daripada inisiatif sokongan walaupun kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mereka," kata Pengarah Serantau Regus bagi Asia Pasifik John Henderson.

Henderson merujuk kepada hasil kajian yang menyalahkan kurangnya akses kepada kredit (82 peratus) sebagai penghalang terbesar embuka perniagaan,

diikuti karenah birokrasi atau peraturan ketat (71 peratus), kurangnya sokongan kerajaan (66 peratus), dan dominasi pasaran oleh perbadanan lebih besar (59 peratus).

Dua pertiga responden juga menyatakan kedudukan ekonomi merupakan penghalang utama.

Henderson berkata kurangnya sokongan institusi bermakna pemilik perniagaan akan terus memilih untuk bekerja secara fleksibel bagi mengelak pajakan yang panjang, mencairkan modal kerja dan menumpukan kepada mengembangkan perniagaan.

"Di peringkat global kini lebih separuh usahawan menggunakan lokasi kerja fleksibel bagi sebahagian besar tempoh dalam seminggu, berbanding 39 peratus bagi mereka yang tidak memiliki perniagaan," katanya.

Sementara itu, Bharat Srinivasan, Pengarah Urusan penyedia risikan mudah alih Carrier iQ Inc, berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan enjin pertumbuhan, menyumbang sehingga 99 peratus perniagaan dan 40-50 peratus keluaran dalam negara kasar.

Di peringkat global, 50 peratus daripada semua projek dijalankan oleh PKS walaupun mereka menerima bahagian kecil daripada keseluruhan pelaburan," katanya.

"Itu sebabnya komuniti keusahawanan dan PKS kebiasaannya menjana pertumbuhan semasa kelembapan ekonomi, manakala syarikat besar mencari perlindungan," katanya.

Bagaimanapun katanya sokongan kerajaan masih diperlukan bagi memaksimumkan potensi PKS dan tanpanya beberapa perniagaan mungkin tinggal untuk memaksimumkan operasi atau lebih buruk lagi gulung tikar.

-- BERNAMA

Source : Bernama

Date : 16 Mei 2013

Afternoon Highlight (17/05/13/84/782)



No comments: