Monday, June 17, 2013

Today's Pick (13/06/13/103/1028) eBay Malaysia berwajah baru

eBay Malaysia berwajah baru

Lee (kanan) bersama Pengurus Kanan Komunikasi Asia Tenggara eBay, Gene Cleckley.

Portal membeli-belah dalam talian eBay melancarkan beberapa ciri baru serta peningkatan untuk laman web eBay Malaysia sekali gus memberikan perubahan segar kepada laman itu.

Menurut eBay, laman baru itu mempunyai rupa lebih kemas dan moden serta direka bagi memberi kemudahan kepada pelanggannya untuk melayari pelbagai pilihan barangan daripada produk elektronik sehingga pakaian yang disediakan di laman itu.

eBay, pusat membeli belah dalam talian terbesar di dunia dengan jumlah peniaga paling ramai turut memastikan laman webnya kekal selamat dan mudah untuk digunakan dengan memberi pilihan kepada penjual beberapa cara pembayaran berbeza termasuk kad kredit, kad debit serta pemindahan wang dalam talian.

"Laman web terbaru ini mempunyai ciri baru untuk membantu pengguna membina pencarian peribadi yang dipanggil Feed. Ciri ini menyediakan pengguna dengan pengalaman seperti menggunakan pembantu peribadi melalui padanan minat pelanggan dengan inventori global eBay.

"Selain itu, laman baru ini juga memberikan pengguna lebih banyak pilihan dan penjimatan dengan mengakses lebih banyak diskaun harian untuk pelbagai jenis barangan," menurut eBay dalam satu kenyataan.

Pengarah Rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah eBay, Jason Lee berkata, laman web baru itu menggambarkan perdagangan masa depan.

"Dalam beberapa tahun akan datang, pasaran runcit global yang bernilai AS$10 trilion (RM31 trilion) akan berubah dalam aspek kelajuan, akses dan pengalaman dengan pertumbuhan pesat akan berlaku di Asia Tenggara dan eBay berada di hadapan dalam perubahan ini," katanya.

Source: Sinar Harian
Date: 4 June 2013
Today's Pick (13/06/13/103/1028)

No comments: