Thursday, January 12, 2012

Afternoon Highlight (14/12/11/208/517) Pembungkusan mesra alam tembusi pasaran UK

Pembungkusan mesra alam tembusi pasaran UK

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pembuat produk pembungkusan tempatan perlu meningkatkan inovasi mereka dalam menghasilkan pembungkusan mesra alam bagi memudahkan usaha menerokai pasaran di United Kingdom (UK).
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataannya berkata, baru-baru ini Bahagian Persekitaran Makanan dan Perhubungan Luar Bandar UK (DEFRA) telah melancarkan peraturan baharu bagi mengurangkan sisa buangan.
Negara berkenaan, telah bekerjasama dengan usahawan tempatan bagi menggalakkan penggunaan bahan kitar semula dalam pembungkusan sesuatu produk.
''Pengurangan sisa buangan merupakan gaya hidup terbaharu masyarakat dan industri pembungkusan plastik di sana. Oleh itu syarikat Malaysia dinasihatkan supaya peka dengan situasi berkenaan.
''Syarikat tempatan dinasihatkan supaya mengikuti peraturan baharu berkenaan sebelum mengeksport produk pembungkusan ke negara berkenaan atau rantau Eropah,'' katanya.
Antara kehendak rakyat negara berkenaan adalah pembungkusan yang minimum, mudah dibuka, boleh dikitar semula, berpatutan dan mempunyai label yang lengkap.
Berdasarkan maklumat diberi, pengeksport tempatan dinasihatkan supaya membuat perubahan dalam produk mereka agar memenuhi kriteria dan kehendak di sana.

Source : Utusan Malaysia
Date : 13 December 2011
Afternoon Highlight (14/12/11/208/517)

No comments: