Thursday, January 3, 2013

Today's Pick (24/10/12/189/884) RM3.7b bina taman teknologi bersepadu

RM3.7b bina taman teknologi bersepadu


UEM Land, firma Singapura maju taman mesra alam di Nusajaya

UEM Land Holdings Bhd akan membangunkan taman teknologi bersepadu bernilai RM3.7 bilion di Gerbang Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor.

Projek yang akan dibangunkannya secara usaha sama dengan syarikat milik penuh kerajaan Singapura, Ascendas Land International Pte Ltd itu bakal membabitkan pembinaan bangunan perniagaan bersepadu mesra alam yang akan memenuhi keperluan syarikat dalam industri elektronik, farmaseutikal dan alatan perubatan.

Kumpulan yakin projek itu akan terus mengu-kuhkan kedudukan Nusajaya destinasi utama pelaburan strategik serta untuk riadah dan rekreasi," - Wan Abdullah Wan Ibrahim, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif UEM Land Holdings Kewangan DRB-HICOMIa akan membabitkan kawasan pegangan bebas seluas 207.6 hektar berdekatan pusat pemeriksaan Laluan Kedua Malaysia-Singapura, sekali gus menyediakannya akses terus daripada rangkaian jalan raya dan lebuh raya utama untuk ke pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.

Bagi menjayakan pembangunan projek itu, anak syarikat milik penuh UEM Land Holdings, UEM Land Bhd semalam memeterai perjanjian dengan Ascendas yang juga adalah pembekal penyelesaian ruang perniagaan terkemuka Asia, bagi menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV).

UEM Land akan memegang 40 peratus kepentingan dalam SPV yang akan bertindak sebagai pemaju projek berkenaan manakala Ascendas menguasai 60 peratus bakinya.

Projek pemangkin Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif UEM Land Holdings, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim berkata, pembangunan taman teknologi bersepadu itu amat bertepatan pada waktunya kerana ia boleh berperanan sebagai penjana kepada gelombang kedua projek pemangkin seterusnya yang bakal dibangun dan dilaksanakan di Nusajaya selepas 2012 ini.

“Kumpulan yakin projek itu akan terus mengukuhkan kedudukan Nusajaya sebagai destinasi pilihan utama bagi pelaburan strategik serta untuk riadah dan rekreasi,” katanya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Ascendas, Chong Siak Ching pula berkata, projek usaha sama itu akan membantu melebarkan lagi kehadiran kumpulan itu di Malaysia selain menawarkan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam membina ruang perniagaan bersepadu yang mesra alam dengan memiliki elemen ‘work-live-play.

Teknologi bersepadu

Selain dibangunkan untuk menyokong keperluan industri elektronik dan farmaseutikal, taman teknologi bersepadu itu juga akan menawarkan infrastruktur berkualiti kepada syarikat dalam industri pemprosesan makanan, kejuruteraan, barangan pengguna, logistik dan pergudangan serta perkhidmatan kejuruteraan am.

Ia akan turut mengandungi kemudahan sosial seperti pusat latihan dan asrama, rangkaian peruncitan makanan dan minuman, pusat kecergasan dan sukan serta kemudahan peruncitan bagi menyokong keperluan komunitinya.

UEM Land Holdings berkata, pembangunan taman teknologi itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama disasarkan dilancarkan pada suku terakhir tahun depan.

Apabila siap dalam tempoh sembilan tahun, taman teknologi itu dijangka akan menempatkan komuniti perniagaan lebih 34,000 orang, katanya.

Zon yang diunjurkan mampu menempatkan komuniti sehingga 500,000 orang menjelang 2025 itu, dijangka menjadi hab untuk sektor kerajaan, pelancongan, pendidikan, kreatif, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, perniagaan dan industri, perdagangan dan kewangan serta hartanah dan infrastruktur.

Source : Berita Harian           Date : 24 October 2012

Today's Pick (24/10/12/189/884)





















No comments: