KMBTB galak PKS guna kemudahan, khidmat kilang
Kuala Terengganu: Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Bhd (KMBTB) menyasar 30 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menggunakan perkhidmatan di pusat pengilangan, pembungkusan dan penjenamaan industri hiliran miliknya sebelum akhir tahun ini.
Setakat ini, 20 PKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat dari Johor sudah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat berkenaan.
Khidmat nasihat
"Kesucian proses pembuatan produk di kilang ini juga mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) baru-baru ini," Ahmad Zunaidi Muhamad, Pengurus Pembangunan Kilang KMBTB"
Pengurus Pembangunan Kilang KMBTB, Ahmad Zunaidi Muhamad, berkata berdasarkan prestasi semasa, pihaknya kini tidak menang tangan dengan permintaan dari banyak PKS yang meminta khidmat nasihat untuk pengeluaran produk kesihatan bagi tujuan komersial.
“Di sini, kami memberi jaminan penggunaan bahan mentahnya adalah sumber semula jadi yang kami peroleh dari pembekal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah harga pengeluaran produk di sini adalah yang termurah di pasaran”.
Dapat iktiraf JHEAT
“Kesucian proses pembuatan produk di kilang ini juga mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di Kawasan Perindustrian Chendering di sini baru-baru ini.
Dengan lima orang kakitangan tetap, 10 kakitangan sambilan dan satu mesin pemprosesan pelbagai herba, kilang KMBTB ini mampu mengeluarkan kira-kira 20,000 peket minuman kesihatan setiap hari.
Ahmad Zunaidi berkata, pihaknya akan berbincang mengenai keseluruhan aspek termasuk kualiti, pembungkusan dan pemasaran produk dengan syarikat yang menggunakan perkhidmatan di kilang itu.
Sehubungan itu, bagi mana-mana syarikat yang berminat untuk mengadakan kerjasama pengeluaran produk komersil, boleh menghubungi kilang KMBTB di talian 09-6170604 atau 010400264 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
Source : Berita Harian
Date : 14 November 2012
Today's Pick (19/11/12/200/895)
No comments:
Post a Comment