Pusat beli-belah taraf dunia di Melawati
SIME Darby Property Bhd, pemaju hartanah terbesar negara berdasarkan
simpanan tanah, akan memajukan pusat beli- belah bertaraf dunia bernilai RM500
juta di Taman Melawati.
Pusat beli belah yang menawarkan ruang niaga kira-kira 635,000 kaki persegi kepada peruncit tempatan serta antarabangsa apabila siap pada 2016 itu, akan dimajukannya bersama CapitaMalls Asia Ltd, iaitu pemaju, pemilik dan pengurus pusat beli-belah terkemuka Asia.

Kedua-dua syarikat itu semalam memeterai perjanjian bersyarat bagi
menubuhkan usaha sama 50:50 bagi pelaksanaan projek berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Bhd, Datuk Wahab Maskan, berkata
pusat beli-belah itu akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 242,000 kaki
persegi di tengah-tengah perbandaran Melawati dan adalah plot tanah komersial
terakhir di kawasan itu.
“Apabila siap nanti, ia akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan nilai keseluruhan hartanah di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Wahab yang juga Pengarah Urusan Sime Darby Property, menyifatkan usaha sama dengan CapitaMalls Asia itu adalah strategi terbaik untuk memaksimumkan pulangan dan mempelbagaikan portfolio pendapatan Kumpulan Sime Darby.
Sinergi usaha sama dengan CapitaMallsAsia itu juga, katanya, memberikan Sime Darby Property platform untuk memanfaatkan kepakaran daripada pemaju, pemilik dan pengurus pusat beli-belah terkemuka Asia itu.

Projek berkenaan juga akan membantu mempromosikan Melawati sebagai hab komersial di kawasan itu, katanya.
Antara projek Sime Darby Property yang sedang berlangsung dan akan dilaksanakan di kawasan itu, termasuk pangsapuri Gaya Apartment, rumah teres mewah Casa Rimba, kondominium 3 Residen, pangsapuri khidmat Quarza, banglo, villa bandar, dan bangunan pejabat.
Sementara itu, Ketua Eksekutif CapitaMalls Asia, Lim Beng Chee, berkata pihaknya berkeyakinan penuh menjalin usaha sama dengan Sime Darby Property berdasarkan pengalaman luasnya dalam pembangunan hartanah di Malaysia.
Sime Darby Property adalah pemenang Gold Award anugerah berprestij Putra Brand Awards bagi kategori pembangunan hartanah selama tiga tahun berturut-turut, iaitu pada 2010, 2011 dan 2012.
Beng Chee berkata, pusat beli-belah itu menyediakan kedua-dua peruncit tempatan dan antarabangsa peluang mengembangkan kehadiran masing-masing di kawasan kediaman terkenal di Lembah Klang itu.
Projek itu bakal menjadi pusat beli-belah keenam CapitaMalls Asia di negara ini. Ia adalah pemilik Queensbay Mall di Pulau Pinang dan menerusi CapitaMalls Malaysia Trust, memiliki Gurney Plaza di Pulau Pinang.
Ia juga menguasai kepentingan majoriti dalam Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur, The Mines di Selangor dan East Coast Mall, Kuantan.
Source : Berita Harian
Date : 10 May 2012
Today's Pick (11/05/12/082/776)
No comments:
Post a Comment