Friday, July 19, 2013

Today's Pick (08/07/13/120/1045)Mentor dari United Kingdom

Mentor dari United Kingdom


Mariamah Jaafar (tengah) mengatakan sesuatu pada sesi meja bulat bertajuk Memperkasa Wanita Luar Bandar di Malaysia bersempena Persidangan Global Summit of Women 2013, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

AINI Othman, 51, boleh dikategorikan sebagai wanita yang bijak mengambil peluang. Jiwanya juga cenderung ke arah perniagaan. Walaupun hampir 20 tahun berkhidmat sebagai wakil jualan, bidang perniagaan tetap menjadi punca pendapatan sampingannya sejak muda.

Namun Aini mempunyai satu kelemahan, dia pandai bisnes tapi tidak tahu menguruskan perniagaannya dengan baik.

Dia mengakui duit pendapatan hasil perniagaannya seakan habis begitu sahaja kerana lemahnya sistem perakaunan yang dicaturnya sendiri.

Hinggalah pada tanggal Mei 2012, Aini mengetahui tentang Yayasan Pendidikan Wanita dan Latihan Vokasional Malaysia (YPVWM).

Yayasan ini telah menganjurkan satu program perniagaan berkonsepkan mentor khas untuk usahawan wanita.

Lebih hebat, program ini telah mendapat kerjasama dari syarikat telekomunikasi terkenal Maxis bersama dengan Yayasan Cherie Blair untuk wanita dan Qualcomm Wireless Reach.

Justeru apakah manfaat yang Aini dapat menerusi program ini?

"Terlalu banyak!," ujar Aini penuh teruja ketika sesi meja bulat bertajuk Memperkasa Wanita Luar Bandar di Malaysia bersempena Persidangan Global Summit of Women 2013, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sesi meja bulat tersebut telah dijayakan bersama Pengarah Urusan Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajanuddin; Timbalan Presiden Hal Ehwal Kerajaan Qualcomm Incorporated, Shawn A. Cowell; Presiden Yayasan Pendidikan Wanita dan Latihan Vokasional Malaysia, Mariamah Jaffar; dan Ketua Jabatan Korporat dan Peniagaan Kerajaan dalam divisi perdagangan Maxis, Nasaruddin Mohd Zaini.

Aini salah seorang dari lebih 50 usahawan wanita yang menyertai program ini sejak dilancarkan pada tahun 2012.

"Impian saya untuk melancarkan sendiri rangkaian penjagaan kulit wajah dengan jenama saya sendiri. Saya yakin dengan pengalaman makan gaji dan ilmu yang diperolehi untuk menjayakan impian ini, cuma saya tidak begitu pasti tentang selok belok perniagaan yang sebenar.

"Saya juga perlu belajar tentang pemasaran, pembangunan produk dan pembungkusan, perancangan perniagaan dan pendaftaran produk.

"Hinggalah selepas saya mendaftar dan terpilih untuk program mentor tersebut dan diperkenalkan kepada Audra Shallal dari Next Woman, United Kingdom.

" Dia menjadi guru, pemberi motivasi untuk saya merealisasikan impian ini," cerita Aini mengimbas kenangan lebih setahun lalu.

Aini dan Audra memulakan misi dengan membangunkan model perniagaan, laman web, pelan pemasaran, pendaftaran dan pelancaran produk.

Dalam setahun tempoh program berlangsung, Aini telah berjaya mengikuti segala nasihat, tugasan dan melaksanakan apa yang telah dirangka bersama Audra dengan jayanya.

"Audra adalah seorang mentor yang sangat baik, dia jugalah pemberi motivasi yang bijak, dia sentiasa positif terhadap idea saya. Dalam pada itu saya mula mengubah paradigma saya tentang kecanggihan teknologi maklumat dan memanfaatkannya.

"Kalau dulu saya memang tidak tahu menahu tentang dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan tidak berminat langsung untuk mengetahuinya. Tapi kini saya sedar yang ICT satu platform terbaik untuk perniagaan saya," katanya yang mengakui penguasaan bahasa Inggerisnya juga semakin mantap setelah 'berguru' dengan Audra.

Aini kini telah melancarkan produk rangkaian penjagaan kecantikan kulit yang diberi nama Neugens.

Menerusi mentornya juga, Aini membuka akaun Linkedln, Tweeter, Facebook yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Terus berhubung dengan ICT

Menerusi program yang disertai, Aini telah dilengkapkan dengan ZTE Tab dengan pengaktifan 3G oleh syarikat komunikasi terkemuka Maxis dengan kerjasama Qualcomm.

Dengan tablet itu jugalah Aini berhubung menerusi Skype dengan mentornya Audra juga melaksanakan strategi perniagaannya di masa saja tak kira masa.

Sementara itu, Mariamah dari YPVWM pula berkata, program ini terbuka kepada semua wanita yang mahu menjadi usahawan dengan beberapa kriteria yang mesti dipenuhi.

"Pertama sekali wanita tersebut perlulah mempunyai perniagaan, idea dan yang paling utama ialah komitmen berterusan. Program ini berlangsung selama setahun dan kerjasama dari ahli keluarga juga memang dituntut.

"Ini kerana, mentor dan usahawan perlu berhubung mungkin pada masa yang tidak dapat dijangka kerana jarak dan pelbagai lagi urusan lain. Justeru kerjasama kukuh dari setiap ahli keluarga memang amat diperlukan.

"Selain itu usahawan itu juga mestilah mempunyai idea yang realistik dan tidak mustahil untuk dicapai," jelasnya.

Mariamah juga berkata tiada had umur untuk menyertainya, dan program ini boleh diibaratkan seperti mengikuti kelas perniagaan secara dalam talian.

Nasaruddin selaku wakil dari Maxis juga turut menominasikan beberapa nama menerusi program komuniti jalur lebar mereka untuk mengambil peluang dalam program mentor peniagaan ini.

Shawn A. Cowell yang turut hadir bersempena persidangan tersebut juga menyuarakan hasratnya untuk memperluaskan lagi kerjasama menerusi penyediaan rangkaian 3G yang lebih baik.

"Wanita Malaysia harus memanfaatkan ICT demi kelangsungan kehidupan mereka," ujarnya.

Source : Utusan Melayu
Date : 4 July 2013
Today's Pick (08/07/13/1020/1045)

1 comment:

Oche said...

Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita tanpa mendapat pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar sebanyak $ 150,000 tanpa cagaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com