Friday, July 5, 2013

Today's Pick (03/07/13/1017/1042)E-dagang jadi pilihan PKS

E-dagang jadi pilihan PKS


PENERAJU pasaran e-dagang global, PayPal menjangkakan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menggunakan pembayaran dalam talian memandangkan usahawan kini mula mengembangkan perniagaan mereka dengan pantas melalui penggunaan e-dagang.

Ketua Pengurus PayPal Malaysia dan Filipina, Audrey Ottvanger berkata, dengan peningkatan kuasa membeli dalam kalangan pengguna global, PKS kini lebih bersemangat untuk merebut peluang perniagaan tanpa sempadan ini sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab perniagaan e-dagang.

Tahun ini, kami jangkakan lebih banyak PKS di Malaysia tidak kira perniagaan kecil atau besar akan mula menjalankan perniagaan dalam talian dan lebih ramai peniaga akan melakukan transaksi e-dagang.

“Malah penggunaan e-dagang merentasi sempadan juga akan meningkat lebih tinggi kerana ia adalah salah satu saluran berkesan untuk mendekati pengguna di luar negara,” katanya kepada media di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, sebagai landasan pembayaran dalam talian yang dipercayai di Malaysia, PayPal mempunyai matlamat untuk membina jaringan perdagangan bagi memudahkan peniaga menjalankan urusan perniagaan dengan selamat kepada lebih 128 juta pengguna aktif Paypal di 193 pasaran seluruh dunia.

Ottvanger berkata, Jepun adalah pasaran eksport talian paling pesat berkembang di Malaysia, dengan 57 peratus peningkatan tahun ke tahun, diikuti Singapura (40 peratus) dan China (35 peratus).

PayPal juga menyasarkan untuk memproses RM64 bilion jumlah bayaran mudah alih untuk tahun ini.

Sementara itu, selain menyediakan penyelesaian pembayaran menyeluruh, PayPal juga menawarkan perkhidmatan membangunkan laman web untuk PKS di Malaysia melalui kerjasama bersama rakan kongsi.

Source : Sinar Harian
Date : 26 June 2013
Today's Pick (03/07/13/1017/1042)


No comments: