MRT Corp serah dua pakej kerja RM54.25j
MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata, ia sudah menyerahkan dua kontrak pakej kerja sistem pengesanan dan perlindungan api untuk projek MRT Lembah Klang Sungai Buloh ke Kajang (SBK), bernilai RM54.25 juta.
Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, OSPC memberi kontraknya untuk pembekalan, pemerolehan, pemasangan, ujian dan penyerahan sistem pengesanan dan perlindungan api untuk stesen bertingkat bagi Pakej V1 dan V2, serta, Depoh Sungai Buloh kepada PJ Indah Sdn Bhd dengan nilai kontrak sebanyak RM31.97 juta.
“Kontrak yang sama bagi stesen bertingkat Pakej V7 dan V8, serta Depoh Kajang, dianugerahkan kepada Mecomb Malaysia Sdn Bhd, dengan nilai kontrak sebanyak RM22.28 juta," katanya.
MRT Corp berkata, pemilihan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti (OSPC) pada satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Ketua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata terdapat 19 pakej lagi yang belum dianugerahkan daripada sejumlah 86 pakej untuk projek itu.
"Dalam tempoh 18 bulan, kami sudah selesai mengagihkan kerja sivil utama dan semua pakej kerja sistem.
"Kini, kami sedang mengagihkan pakej kerja selebihnya, dengan baki kontrak untuk tempat letak kereta bertingkat, pencahayaan LED, perabot, papan tanda dan tangga bergerak untuk stesen bawah tanah," katanya dalam satu kenyataan.
Source : Berita Harian
Date : 28 May 2013
Today's Pick (29/05/13/92/1017)
No comments:
Post a Comment