Tuesday, June 5, 2012

afternoon highlight (22/05/12/090/526) Firma Malaysia perlu rebut peluang jadi pengedar MAKRO


Firma Malaysia perlu rebut peluang jadi pengedar MAKRO

MAKRO, kelab gudang Belanda dengan rangkaian cawangan di Brazil dan di Amerika Selatan, kini aktif mencari pembekal alternatif baru.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam kenyataannya berkata, rangkaian global itu sedang mengenal pasti pengedar yang boleh dipercayai, yang dapat membantu dan memperkenal barangan import baru ke pasaran berkenaan.

Ini termasuk barangan plastik seperti bekas makanan, kotak simpanan, produk kayu seperti penyangkut baju, barangan kaca, porselin dan logam serta utiliti plastik serta tikar getah.
India dan China adalah pembekal terbesar barangan terbabit pada masa ini.

MATRADE berkata, syarikat Malaysia wajar mengkaji peluang untuk meneroka pasaran berkenaan yang mempunyai penduduk lebih daripada 200 juta orang.

Kerajaan Brazil baru-baru ini mengumumkan pakej rangsangan berjumlah AS$33 bilion bagi menyokong sektor industrinya menerusi potongan cukai dan kadar faedah rendah.

“Ini bertujuan membantu bank komersial meluaskan sokongan kewangan mereka pada kadar faedah rendah, dan seterusnya memberi manfaat kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) menerusi peningkatan daya saing,” kata MATRADE,
Imbuhan secara meluas itu termasuk pemansuhan cukai gaji sebanyak 20 peratus, kadar cukai yang rendah untuk industri tekstil, peralatan auto, barangan modal, plastik, peralatan elektrik, kenderaan komersial, syarikat industri perkapa-lan dan penerbangan, hotel dan sektor cip komputer.

“Cukai pendapatan kasar satu peratus untuk industri dan dua peratus untuk sektor perkhidmatan pula menggantikan regim percukaian sebelumnya.

“Pengeksport dan pelabur Malaysia digalakkan memahami bagaimana struktur percukaian baru ini akan memberi impak ke atas aktiviti perniagaan mereka,” kata MATRADE
Source : Berita Harian       Date : 21 Mei 2012
afternoon highlight (22/05/12/090/526)



No comments: