Wednesday, February 22, 2012

afternoon highlight (15/02/12/028/502) Eksport farmaseutikal RM564 juta lepasi sasaran

Eksport farmaseutikal RM564 juta lepasi sasaran

LIOW (kanan) bersama Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Ewe Kheng Huat ketika pelancaran buku Phama Industry Fact di Kuala Lumpur, semalam.

INDUSTRI farmaseutikal negara semakin mendapat perakuan global apabila eksport produk berkenaan melonjak melepasi sasaran kepada RM564 juta pada 2011, naik enam peratus berbanding tahun sebelumnya berikutan keberkesanan pelaksanaan 13 projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tahun ini, pihaknya menyasarkan peningkatan eksport yang lebih tinggi iaitu lapan peratus kepada RM610 juta.

“Sektor kesihatan adalah sebahagian daripada 12 Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dan berpotensi untuk menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK),” katanya selepas majlis pelancaran buku PhAMA Industry Fact, di Kuala Lumpur, semalam.

Sektor kesihatan adalah sebahagian daripada 12 Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dan berpotensi untuk menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

- Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Beliau berkata famaseutikal adalah satu daripada 13 projek permulaan (EPP) berkaitan sektor penjagaan kesihatan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).Industri itu, katanya, diperakui sebagai segmen ekonomi strategik dan dibangunkan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi Malaysia, katanya.

“Oleh itu, saya berharap lebih banyak syarikat multinasional menjalin usaha sama dengan syarikat farmaseutikal Malaysia memandangkan ia adalah antara strategi utama yang boleh mendorongnya mencapai potensi sepenuhnya.

“Kementerian Kesihatan memperakui hakikat bahawa bagi merealisasikan kesemua matlamat NKEA penjagaan kesihatan, kita perlu terbabit sepenuhnya dengan kesemua pemegang kepentingan,” katanya.

Liow berkata, sektor swasta sangat penting dalam merealisasikan objektif NKEA dan kementerian akan menggalakkan lebih banyak dialog bersama wakil organisasi korporat bagi memperoleh maklumat belas kritikal untuk masa hadapan.

Industri penjagaan kesihatan dijangka menjana RM42.2 bilion pendapatan negara kasar dengan lebih 260,000 pekerjaan baru diwujudkan menjelang 2020.

“Bagi memastikan kesemua 13 EPP berkembang seperti dirancang, Kementerian Kesihatan akan memantau aktiviti NKEA,” kata Liow

Source : Berita Harian
Date : 15 Feb 2012
afternoon highlight (15/02/12/028/502)

No comments: