RM500 juta pacu firma Bumiputera
Langkah TERAJU,
SME Bank lancar skim Pembiayaan TeraS
Petaling Jaya: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan SME Bank menubuhkan skim Pembiayaan TeraS dengan dana berjumlah RM500 juta bertujuan mengukuhkan lagi inisiatif memacu perkembangan syarikat Bumiputera. Skim itu dibuka kepada syarikat di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) yang dilancarkan pertengahan tahun lalu.

Setakat ini TERAJU
sudah memilih 130 syarikat dan sedang mengenalpasti kira-kira 1,000 lagi bagi
mencapai sasarannya memajukan 1,100 syarikat di bawah program yang bertujuan
mempercepatkan pertumbuhan serta daya saing syarikat Bumiputera dalam ekonomi
negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata skop utama skim Pembiayaan TeraS yang akan dibuka bulan depan itu adalah untuk membiayai keperluan modal kerja serta pembelian aset.
Beliau berkata, daripada dana sebanyak RM500 juta itu, RM150 juta diperuntukkan untuk disalurkan sebagai pembiayaan modal kerja manakala baki RM350 juta lagi untuk pembelian aset.
Katanya, bagi modal kerja, sesebuah syarikat itu boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM10 juta manakala bagi pembelian aset sehingga RM20 juta.

Skim di bawah
pembiayaan Islam itu hanya mengenakan kadar perkongsian keuntungan lima peratus
setahun.
“Kami menjangkakan sambutan baik daripada 130 syarikat di bawah program TeraS kerana skim ini tidak mengenakan syarat penyediaan cagaran yang ketat seperti dikenakan bank perdagangan lain.

Source : Berita
Harian
Date : 9
July 2012
afternoon highlight (09/07/12/120/594)
No comments:
Post a Comment