Monday, March 18, 2013

Afternoon Highlight (11/03//13/38/736) Hab halal terima pelaburan RM7b


Hab halal terima pelaburan RM7b
Santubong: Hab Halal Tanjung Manis (HHTM) di Mukah, Sarawak menerima pelaburan mencecah RM7 bilion tahun lalu dengan 80 peratus daripadanya adalah pelaburan langsung asing (FDI).
Perkembangan positif itu bakal menjadikan HHTM sebagai pusat ekosistem halal utama dunia selepas mengambil kira pasaran halal global bernilai RM6.9 trilion.
Industri halal Malaysia mencatatkan nilai dagangan mencecah RM38 bilion dan menyumbang 5.1 peratus kepada keseluruhan eksport negara.
Kedudukan strategik HHTM berhampiran China dijangka melonjakkan lagi sektor halal negeri ini kerana nilai eksport produk halal tahun lalu ke negara Tembok Besar itu berjumlah RM4.1 bilion.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun bekata, bagi merancakkan lagi industri halal di negeri ini, Kawasan Industri Mara (KIM) kini menjalani transformasi kepada Taman Halal.
Katanya, perubahan dilakukan untuk memenuhi permintaan kerana menjelang 2030 penganut Islam dijangka mewakili 27 peratus jumlah penduduk dunia.
“Definisi halal ini luas dan lebih bersifat sejagat kerana mementingkan kualiti produk membabitkan makanan, farmaseutikal atau kosmetik.
“Piawaian halal negara ini yang diiktiraf seluruh dunia menyebabkan produk tempatan mendapat perhatian negara luar seperti Russia, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya ketika merasmikan Taman Halal Mara, di KIM Demak Laut, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Ibrahim Ahmad dan Naib Presiden Pembangunan Industri Halal (HDC) Dr Malik Musharaf.
Joseph berkata, jumlah jualan tahunan usahawan di KIM itu pada tahun lalu, kira-kira RM5 juta setahun dan ia dijangka meningkat kepada 30 peratus menerusi program yang dirangka bersama HDC.
Source: Harian Metro

Date: 11 March 2013

Afternoon Highlight (11/03//13/38/736) 

No comments: