Friday, April 26, 2013

Afternoon Highlight (16/04/13/63/761) Jenama mewah Asia kian cipta nama


Jenama mewah Asia kian cipta nama

Paris: Sejak beberapa dekad lalu, barangan mewah buatan Asia disifatkan 'kurang berjaya.'

Kini, syarikat pengeluar beg dari Korea, Couronne dan pereka pakaian, Farah Khan muncul sebagai jenama Asia yang semakin mencipta nama.
 

Couronne, Khan dan jenama seperti Woo, pengeluar skaf sutera berpangkalan di Shanghai, berjaya memenangi hati pelanggan menerusi produk keluaran mereka yang boleh menandingi barangan di Eropah.

Bagi pengguna yang mementingkan kerja tangan asal, apa yang penting ialah produk guna bahan terbaik” Uche Okonkwo, Pengarah Eksekutif Luxe Corp.

Populariti mereka yang semakin meningkat, di tengah jualan perlahan Louis Vuitton dan beberapa jenama lain Eropah, menunjukkan bagaimana perubahan permintaan di Asia dengan pengguna yang mahukan rekaan baru sekadar berbanding logo.

Aliran ini boleh membawa lebih banyak perolehan di rantau ini kerana syarikat seperti LVMH, Moet Hennessy Louis Vuitton SA dan PPR SA berusaha untuk merangsang pertumbuhannya.

“Jenama mewah abad ke-21 boleh muncul di mana saja. Bagi pengguna yang mementingkan dan menghargai kerja tangan asal, apa yang penting ialah produk menggunakan bahan terbaik,” kata Pengarah Eksekutif Luxe Corp, Uche Okonkwo.

Walaupun produk seperti iPhone oleh Apple Inc dan model Prius oleh Toyota Motor Corp meningkatkan pengeluaran produk terkenal berkualiti tinggi, pengeluaran besar-besaran itu menjejaskan kelayakannya sebagai jenama mewah.

China saja menyumbang lebih separuh daripada perdagangan antarabangsa bagi barangan palsu, mengikut jangkaan dikeluarkan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Syarikat Itali dan Perancis pula membantu mengukuhkan tanggapan pengeluaran jenama mewah masih memelihara Eropah walaupun mereka membeli bahan dan membuat beberapa barangan di luar negara.

Sumbangan Asia

Hermes International SCA, pengeluar beg Birkin berharga AS$7,000 (RM21,287) yang berpangkalan di Perancis, membuat demonstrasi bagi mengetengahkan gabungan rekaannya yang mendapatkan kain bulu halus (kashmir) dari Mongolia dan skaf dari Nepal.

Sementara Asia menyumbang separuh daripada pembelian barangan mewah di seluruh dunia pada 2012, menurut syarikat perunding Bain & Co, ‘hanya sebahagian kecil’ daripada jualan AS$272 bilion tahun lalu adalah dari jenama Asia, menurut anggaran dikeluarkan Luxe Corp.


Jenama Couronne dari Korea Selatan juga membantu menukar persepsi mengenai barangan mewah Asia menerusi rekaan berwarna warni dan logonya. - BLOOMBERG

Source : Berita Harian

Date : 16 April 2013

Afternoon Highlight (16/04/13/63/761)




No comments: