Tuesday, March 13, 2012

afternoon highlight (01/03/12/038/513) E-payment ikut telefon bimbit, tablet akhir tahun ini

E-payment ikut telefon bimbit, tablet akhir tahun ini

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) sedang menyediakan sistem pembayaran dalam talian (e-payment) sektor awam yang lebih mesra pengguna, bagi memudahkan orang ramai melakukan sebarang transaksi menerusi telefon bimbit dan tablet menjelang akhir tahun ini.

Pasukan itu sedang membangunkan sistem yang dinamakan sebagai Mobile Government (MyMobile), di mana projek perintisnya telah dimulakan suku pertama tahun ini.

Menurut Laporan Pemudah 2011, projek perintis itu telah melibatkan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan seterusnya akan melibatkan sehingga 20 lagi agensi kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Inisiatif tersebut dijangka meningkatkan kadar pembayaran dalam talian sektor awam mampu sehingga 90 peratus pada masa hadapan.


Tahun lalu, Pemudah juga telah berjaya membantu 236 agensi kerajaan dalam menawarkan sehingga 449 perkhidmatan dalam talian melibatkan agensi yang lain serta bank.

Dalam laporan itu, antara agensi tersebut adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Majlis/Jabatan Agama Islam Negari (MAIN/JAIN) yang bersetuju menyelaraskan sistem pensijilan halal di mana ia telah berjaya mengurangkan tempoh permohonan sijil itu daripada 90 hari hingga 30 hari.

Source : Utusan Malaysia
Date : 29 February 2012
afternoon highlight (01/03/12/038/513)

No comments: