Thursday, January 12, 2012

afternoon highlight (24/10/11/180/489) Malaysia terajui ekosistem halal

Malaysia terajui ekosistem halal

Negara banyak kelebihan penuhi keperluan dunia
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menumpukan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat ekosistem halal merangkumi segala aspek pengendalian dan pengurusan produk yang dihasilkan bagi tujuan eksport, bermula tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sebagai negara Islam yang mencetuskan konsep hab halal, Malaysia perlu menjadi peneraju kepada penghasilan produk halal yang tidak hanya tertumpu kepada penghasilan makanan.
Katanya, sebagai pusat ekosistem halal, Malaysia menerajui penghasilan produk halal dunia berikutan standard tinggi yang diguna dalam penghasilannya.
Beliau berkata, negara ini juga memiliki kelebihan dalam aspek selain penghasilan makanan seperti logistik, pembungkusan, prosedur pembuatan serta pengurusannya.
“Standard tinggi itu tidak hanya tertumpu kepada penghasilan makanan, malah turut digunakan dalam penghasilan produk lain seperti kosmetik dan farmaseutikal halal yang mematuhi tuntutan syariah.
“Kita juga perlu memastikan proses pembungkusan dan logistik mematuhi syariah. Ini menjadikan produk kita 100 peratus halal.
“Jika ini boleh dilaksanakan sepenuhnya, produk yang dihasilkan di Malaysia sama ada makanan atau bukan makanan akan berada pada standard lebih tinggi dan saya yakin ia mampu memenuhi permintaan tinggi seluruh dunia,” katanya. Terdahulu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak melancarkan karnival dua hari anjuran Halal Industry Development Corperation Sdn Bhd (HDC) itu.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, kerajaan menyasarkan eksport produk halal negara menyumbang 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020 berbanding tidak sampai dua peratus ketika ini.
Katanya, Malaysia negara pertama yang muncul dengan konsep halal, tetapi agak ketinggalan berbanding negara lain yang lebih berkemampuan dalam penghasilan produk makanan halal seperti Thailand.

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 22/10/2011
afternoon highlight (24/10/11/180/489)

No comments: