Monday, July 2, 2012

afternoon highlight (18/06/12/107/581) MIDA anjur seminar untuk vendor tempatan


MIDA anjur seminar untuk vendor tempatan
LEMBAGA Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sudah mengatur 470 mesyuarat padanan perniagaan untuk 120 vendor tempatan pada seminar penyumberan luarnya minggu depan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Noharuddin Nordin, berkata seminar itu bermatlamat menyediakan arah aliran dan keperluan terkini global dalam penyumberan luar untuk industri teknologi tinggi selain perkembangan terkini dasar, insentif, kemudahan dan perkhidmatan sokongan kerajaan yang disediakan untuk komuniti perniagaan di Malaysia.
Objektifnya, kata beliau ialah untuk meneroka peluang penyumberan luar dalam pelbagai sektor, termasuk sokongan mesin dan kejuruteraan, pengangkutan, peranti perubatan, kimia, elektronik dan ICT, perniagaan dan perkhidmatan lain.
Peserta boleh memperoleh peluang menjalin rantaian dengan perniagaan tempatan dan asing serta agensi utama kerajaan serta bertukar pandangan dan idea mengenai inovasi dan kreativiti bagi memacu pertumbuhan. - Noharuddin Nordin, Ketua Eksekutif MIDA.
 
“Industri ini dipilih berdasarkan sumbangan ketara mereka dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Acara itu akan menjadi platform untuk syarikat Malaysia menjalin rantaian dengan syarikat multinasional (MNC) terkemuka dan meneroka peluang untuk menyertai rangkaian nilai bekalan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Seminar dan sesi rantaian perniagaan/vendor (B2B) bertema ‘Malaysia: Meluaskan Peluang Penyumberan Luar dalam Industri Teknologi Tinggi’ itu akan berlangsung pada Selasa minggu depan di Kuala Lumpur.

Seminar percuma dua hari itu dijangka menarik 318 peserta dan 22 syarikat utama, kata Noharuddin.

Katanya, ia akan menumpukan kepada peralatan mesin dan perkakasan, minyak dan gas, peranti perubatan, automotif, aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan industri teknologi tinggi.

Selain itu, seminar berkenaan juga memudahkan usaha sama antara pelbagai pihak dan adalah forum untuk perniagaan menjalin rantaian dengan agensi utama kerajaan.
“Peserta boleh memperoleh peluang menjalin rantaian dengan perniagaan tempatan dan asing dan agensi utama kerajaan, dan bertukar-tukar pandangan serta idea mengenai inovasi dan kreativiti bagi memacu pertumbuhan,” katanya.

Seminar buat kali ketiga itu menarik 286 peserta, termasuk 21 MNC dan 85 vendor tempatan pada 2010, dengan 309 mesyuarat padanan perniagaan secara bersemuka antara vendor tempatan dan syarikat asing. – BERNAMA
Source: Bernama
Date: 18 June 2012
afternoon highlight (18/06/12/107/581) 

No comments: