Friday, July 26, 2013

Chup Iftar (26/07/13/127/805) 88 projek terima dana GTFS RM1.2 bilion

88 projek terima dana GTFS RM1.2 bilion


Sebahagian besar pembiayaan babit industri tenaga boleh diperbaharui

Sebanyak 88 projek sudah meraih manfaat daripada Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sepanjang tempoh 2010 sehingga 31 Mei 2013 membabitkan pembiayaan berjumlah RM1.2 bilion.

Ketua Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), Ahmad Hadri Haris, berkata bagi tahun ini setakat 31 Mei, sebanyak 11 projek diluluskan untuk menerima pembiayaan berjumlah sekitar RM135 juta di bawah skim itu, manakala 31 projek lagi disahkan layak untuk menerimanya.

Berbanding 2012, jumlah pinjaman diluluskan tahun ini jauh lebih rendah berikutan beberapa faktor seperti kesibukan persediaan Pilihanraya Umum Ke-13.” Ahmad Hadri Haris, Ketua Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation

Beliau berkata, sebahagian besar daripada projek yang diluluskan itu adalah membabitkan industri penjanaan tenaga boleh diperbaharui, khususnya berkaitan solar panel.

Tahun lalu katanya, adalah yang paling aktif dengan menyaksikan 44 projek diluluskan membabitkan pembiayaan berjumlah RM509 juta, sementara 102 projek lagi disahkan layak.

“Berbanding 2012, jumlah pinjaman yang diluluskan pada tahun ini jauh lebih rendah berikutan beberapa faktor seperti kesibukan persediaan Pilihanraya Umum Ke-13.

“Bagaimanapun kami yakin ia akan kembali bergerak pada kadar sebenarnya,” katanya dalam satu temu bual di Bangi, semalam.

Mengikut laman web GreenTech Malaysia, institusi kewangan paling aktif mengambil bahagian dalam GTFS ialah Bank Pembangunan dan Maybank yang masing-masing membiayai 11 projek; OCBC (9); SME Bank (7); AmBank, Affin dan StanChart masing-masing dengan enam projek.

Dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan tambahan bagi GTFS sebanyak RM2 bilion dengan tempoh penawaran pembiayaan dilanjutkan sehingga 2015.

Tambahan RM2 bilion

Setakat semalam, pembiayaan sebanyak RM1.357 bilion sudah diluluskan dan masih terdapat baki RM2.142 bilion yang belum dimanfaatkan pengusaha industri.

Saiz pembiayaan bagi skim itu ialah sehingga RM50 juta bagi setiap syarikat dengan tempoh pembayaran balik sehingga 15 tahun.

GreenTech Malaysia adalah syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA dengan matlamat utama sebagai pemangkin ke arah mencapai agenda hijau negara.

Ahmad Hadri berkata, bagi menggalakkan pelaksanaan teknologi hijau, GreenTech Malaysia akan menumpu kepada lima bidang utama iaitu program kesedaran dan promosi; pembangunan keupayaan dan kecekapan; pembangunan infrastruk-tur dan penambahbaikan pasaran; pembangunan industri dan pemindahan teknologi; serta dasar dan mekanisma pembiayaan.

Rangsang pertumbuhan

GreenTech Malaysia katanya, sudah menggerakkan pelbagai program bagi merangsang pertumbuhan dan pembabitan pelbagai pihak bagi menjayakan inisiatif hijau itu, antaranya perbandaran hijau; pelabelan hijau; pemerolehan hijau; pelan induk teknologi hijau; dan pelan induk kenderaan elektrik.

“Tujuan pelaksanaan program itu antaranya bertujuan mengurangkan pembebasan karbon, membawa masuk pelaburan, sekali gus meningkatkan pendapatan kasar negara, selain dapat menambah pekerja yang berpengetahuan dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Source : Berita Harian
Date :26 July 2013
Chup Iftar (26/07/13/127/805)

Selepas Imsak (26/07/13/134/1059) Intel, SME Bank ink deal to provide two training courses

Intel, SME Bank ink deal to provide two training courses


INTEL Malaysia and SME Bank has signed a Memorandum of Understanding (MoU) to explore making available two training progammes, Intel Learn Easy Steps and Intel Entrepreneurship Basics to SME Bank to complement its existing SME community training and development programs.

The training is proposed to be incorporated into SME Bank’s training courses and will be conducted by SME Bank’s Center of Entrepreneur Development and Research (Cedar) in an effort to equip SME owners and young entreprenuers with relevant ICT and entreprenuerial skills.

Courses are proposed to be offered as a pre-requisite to potential SME owners or entrepreneurs who are interested in taking advantage of the loans offered by SME Bank under its SME Development Scheme Fund.

“The MoU signifies the intention of Intel and SME Bank to work together to benefit the SME community, and underlines Intel’s commitment as a corporate citizen to provide learning opportunities for budding entrepreneurs and mature SME owners.

“Together with SME Bank, we aim to drive technology uptake among SMEs in Malaysia,” said Intel Malaysia and Singapore sales and marketing country manager Prakash Mallya.

International Trade and Industry Minister Datuk Sri Mustapa Mohamed said, “Intel has done very well moving up the value chain and providing high-income employment opportunities.

“Intel is a good example of a corporate citizen that contributes immensely to nation-building through its CSR and community development programmes.”

He noted that the Intel Learn Easy Steps and E-Basics training programmes are examples of Intel’s corporate social responsibility in capacity building for the SMEs and enhancing their entrepreneurial skills.

At the signing ceremony, SME Bank was represented by Cedar director Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod while Prakash represnted Intel.

This MoU was witnessed by Mustapa, SME Bank chairman, Datuk Gumuri Hussain and Intel South-East Asia managing director Uday Marty.

Source : The Star
Date : 26 July 2013
Selepas Imsak (26/07/13/134/1059)

Chup Iftar (25/07/13/126/804) NCIA Alih Fokus Kepada Pelancongan Untuk Realisasi Sasaran RM10 Bilion

NCIA Alih Fokus Kepada Pelancongan Untuk Realisasi Sasaran RM10 Bilion


KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pihak berkuasa Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) akan beralih tumpuan kepada sektor pelancongan bagi mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan menarik pelaburan dalam usaha untuk merealisasikan sasaran pelaburan RM10 bilion, selain sektor pembuatan dan pertanian.

"Pembuatan dan pertanian merupakan pemacu angka pelaburan untuk Koridor Utara, namun dalam perancangan tahun ini, akan berlaku anjakan kepada sektor pelancongan, bukan sahaja dalam bidang perhotelan, malah bidang baharu yang boleh mewujudkan peluang secara lebih mampan," kata Datuk Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata lebih banyak aktiviti pelancongan akan diwujudkan di Langkawi dan kawasan tumpuan pelancong di Pulau Pinang, selain kawasan baharu di Taiping dan hutan hujan tropika Belum-Temenggor.

Taiping akan menerima RM183 juta untuk inisiatif pelancongan tahun ini sehingga akhir tahun depan manakala Belum akan menerima RM4.39 juta bagi membangunkan kem asas baharu serta ponton yang akan menambah kecergasan kepada lokasi dan lebih banyak peluang secara lebih lestari.

Koridor Utara yang dilancarkan pada tahun 2007 sebagai inisiatif pembangunan ekonomi dan sosial di Utara Semenanjung Malaysia, meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

Pelaksanaannya kini memasuki pembangunan fasa kedua tahun pertama yang berlanjutan hingga 2020.

Turut hadir tiga daripada empat syarikat yang baru-baru ini menandatangani memorandum perjanjian dengan NCIA bernilai RM1.96 bilion untuk usaha sama perniagaan dan projek dalam setiap negeri terbabit.

Syarikat berkenaan ialah UWC Industrial Sdn Bhd, JPB Asia Pacific Sdn Bhd dan Seri Chenang Resort & Spa Langkawi.

Sebuah lagi syarikat ialah Unifortune Holdings Sdn Bhd.

Kira-kira 3,650 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan.

Source : BERNAMA
Date : 23 July 2013
Chup Iftar (25/07/13/126/804)

Selepas Imsak (25/07/13/133/1058) Dagang Malaysia-Thailand tumbuh dua angka

Dagang Malaysia-Thailand tumbuh dua angka


KUALA LUMPUR 24 Julai - Majlis Perniagaan Malaysia-Thailand menjangka perdagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat sebanyak dua angka apabila Komuniti Ekonomi Asean (AEC) dilaksanakan menjelang 2015.

Pengerusi Bersama, Megat Mizan Nicholas Denney, berkata pelaksanaan AEC akan menyaksikan pergerakan barangan yang lebih bebas merentasi sempadan dan kerjasama lebih erat antara syarikat kedua-dua negara.

"Kegiatan rentas sempadan antara kedua-dua negara akan meningkat terutamanya dalam sektor automotif dan pertanian," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Sokongan Perniagaan AEC di sini hari ini oleh Duta Thailand ke Malaysia, Krit Kraichitti.

Megat Mizan berkata, usahawan Malaysia digalakkan untuk meneroka pasaran Thailand bagi memperkenalkan industri halal, dengan memanfaatkan industri pembuatan makanan yang kukuh, dan menyediakan perkhidmatan pengedaran halal.

Tahun lepas, perdagangan dua hala Malaysia-Thailand berjumlah AS$25 bilion (RM79.7 bilion) manakala bagi lima bulan pertama tahun ini, ia berjumlah AS$10.16 bilion (RM32.4 bilion).

Sementara itu, mengenai pusat perniagaan itu, Kraichitti berkata, ia ditubuhkan untuk mempermudahkan usahawan Thailand yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata, pusat perniagaan itu akan ditempatkan di setiap kedutaan Thailand di rantau ASEAN untuk membantu usahawan Thailand mencari dan memanfaatkan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN, yang penduduknya melebihi 600 juta orang.

Source : Utusan Melayu
Date: 24 July 2013
Selepas Imsak (25/07/13/133/1058)



Chup Iftar (24/07/13/125/803) Mydin goes premium with SAM's Groceria

Mydin goes premium with SAM's Groceria


MYDIN Mohamed Holdings Bhd plans to open three to four "SAM's Groceria" outlets, its premium supermarket, every year.

Its managing director Datuk Ameer Ali Mydin said a second SAM's Groceria is set to open on Penang island by year-end to tap the growing high-end market there.

Mydin has earmarked RM11 million for the opening of the second store.

"A third outlet is expected to open in the Klang Valley next year at the Nu Sentral Retail Mall. We are looking to invest RM15 million there," said Ameer Ali after the soft opening of the Gurney Paragon Mall, here, yesterday.

The Gurney Paragon Mall, developed by Hunza Properties Bhd, is being positioned as a premier lifestyle shopping mall and SAM's Groceria is one of its tenants.

Other tenants include H&M, Victoria Secret's, Sephora, Debenhams, Michael Kors, Canali, Tumi, La Martina and Rabeanco.

Mydin has invested RM15 million in the first SAM's Groceria, taking up 30,000 sq ft of the mall's retail space, which includes a delicatessen.

It stocks 19,000 pork- and alcohol-free items, of which 60 per cent are imported, including premium items like cheese, butter and organic foods.

"We have also invested RM500,000 in self-scanning equipment, like those in European supermarkets, to enable customers to keep track of their expenses as they shop and also scan items for their ingredients," said Ameer Ali.

The scanners, which are manufactured by technology giant Motorola, enable shoppers to use dedicated check-out counters where their purchases have already been totalled up and can be packed faster.

Ameer Ali also said SAM's Groceria will introduce online shopping in a month or two. After selecting and paying online, shoppers can either pick up their purchases at SAM's Groceria's customer service counter in Pulau Tikus here, or pay a flat rate of RM10 for delivery within a 3km radius of the outlet.

"We want to cater to the premium segment of shoppers and it is now a matter of convincing some property developers to allow us to set up our high-end outlets within their developments," he added.

Source : Business Times
Date : 24 July 2013
Chup Iftar (24/07/13/125/803)

Selepas Imsak (24/07/13/132/1057) RM220j dana DISF diagihkan

RM220j dana DISF diagihkan


Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Noharuddin Nordin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar Dana Strategik Pelaburan Domestik di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Julai - Sejak dilancarkan setahun yang lalu, sejumlah RM220.5 juta geran di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) telah diagihkan kepada 36 syarikat sehingga kini.

Pemberian itu untuk syarikat-syarikat dalam pelbagai sektor antaranya elektrik dan elektronik (E&E), perkhidmatan, pengangkutan, kejuruteraan dan penyelidikan dan pembangunan.

Dengan bantuan geran sebanyak itu, nilai pelaburan yang mampu diciptakan oleh syarikat-syarikat berkenaan berpotensi mencecah RM2 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan geran DISF merupakan salah satu usaha kerajaan menggalakkan pelaburan swasta domestik.

"Langkah ini diharap mampu menyeimbangkan nilai pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan dalam negeri (FDI).

"Kita perlu mengekalkan momentum pelaburan domestik swasta yang telah mencatatkan pertumbuhan yang tinggi bagi 2012," katanya dalam sidang akhbar mengenai laporan agihan dana DISF di sini hari ini.

Kira-kira 11 daripada 36 syarikat tersebut dimiliki oleh Bumiputera.

DISF dilancarkan pada Julai 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion.

Kesemua dana yang diperuntukkan itu disasarkan mampu dihabiskan sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengenalan dana itu juga adalah selaras dengan sasaran kerajaan yang mana 73 peratus pelaburan di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) disumbangkan oleh pelaburan domestik.

Soure : Utusan Melayu
Date: 24 Jult 2013
Selepas Imsak (24/07/13/132/1057)

Chup Iftar (23/07/13/124/802) Unjuran KDNK M'sia Kekal Antara 5-6 Peratus, Kata Husni

Unjuran KDNK M'sia Kekal Antara 5-6 Peratus, Kata Husni

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kekal antara 5-6 peratus, dirangsang oleh aliran masuk modal jangka panjang yang kukuh dalam bentuk pelaburan persendirian bagi menyokong peluasan berterusannya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dalam suku pertama tahun ini, jumlah pelaburan yang diluluskan ialah RM49.3 bilion, mewakili peningkatan 44 peratus dalam tempoh yang sama 2012.

"Untuk suku pertama tahun ini, kita telah mencapai pertumbuhan 4.1 peratus dan kita percaya, kita dengan mudah boleh mencecah lima peratus. Pada kebiasaannya, kita bermula agak perlahan tetapi menjadi lebih baik dalam suku-suku berikutnya.

"Kita juga mempunyai ekonomi domestik yang amat kukuh yang termasuklah perbelanjaan awam, pelaburan persendirian dan penggunaan persendirian," kata beliau dalam persidangan akhbar selepas menyampaikan ucap tama di Persidangan Perbankan Malaysia ke-17 di sini Selasa.

Ahmad Husni berkata sektor kewangan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia, memanfaatkan lebih 145,000 orang dan menyumbang 12 peratus kepada KDNK Malaysia.

Beliau menambah yang sistem perbankan negara juga merupakan pemangkin untuk pertumbuhan dan pembangunan sektor-sektor ekonomi yang lain, dengan memastikan peruntukan optimum modal dan sumber.

"Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 yang dimajukan oleh Bank Negara Malaysia mengukuhkan lagi inisiatif kerajaan untuk memacu Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020, dan pada masa yang sama mengekalkan agenda pembangunan dan pertumbuhan terangkum dan mampan," kata beliau.

Ahmad Husni berkata pemasukan kewangan ialah satu lagi fokus utama pelan itu bagi memastikan penyertaan orang ramai dan pada masa yang sama mendapat manfaat daripada pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara.

"Ini juga menerusi akses yang lebih baik dan mampu kepada perkhidmatan kewangan seperti perbankan, insurans dan perkhidmatan pembayaran," tambah beliau

Source : BERNAMA
Date : 23 July 2013
Chup Iftar (23/07/13/124/802)

Selepas Imsak (23/07/13/131/1056) Jualan gudang meriahkan Putrajaya Jumaat ini

Jualan gudang meriahkan Putrajaya Jumaat ini


PUTRAJAYA - Festival Ramadan Putrajaya di perkarangan Kompleks PPj di sini yang menawarkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri dijangka bertambah rancak dengan jualan barangan dari kilang dan konsert kerohanian pada Jumaat ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (Ppj) Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata aktiviti jualan itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sejak minggu pertama puasa telah mendapat sambutan hebat daripada orang ramai dan sasaran menarik lebih 100,000 pengunjung ke festival itu dijangka dapat dicapai.

Beliau berkata sebanyak 240 gerai jualan menyertai festival yang menampilkan pelbagai persiapan dan keperluan Hari Raya, dengan ada yang menawarkan diskaun jualan sehingga 70 peratus.

"Di samping itu gerai-gerai untuk berbuka puasa di sini menawarkan pelbagai jenis juadah dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak seperti Laksa, Nasi Kerabu dan banyak lagi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya kerusi dan meja berkonsepkan kafe jalanan turut disediakan di sepanjang laluan pejalan kaki di Kompleks PPj sehingga ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MMTZA), untuk kemudahan berbuka puasa.

Tengku Aina berkata kehadiran jemaah di MMTZA juga amat menggalakkan di mana kira-kira 15,000 jemaah menunaikan solat Terawih setiap malam di masjid itu bermula sejak hari pertama puasa lagi.

"MMTZA juga menyediakan antara 1,500 hingga 2,000 juadah berbuka puasa secara percuma di masjid serta pihak kami turut mengedarkan kurma dan air zam-zam secara percuma," tambahnya.

Tengku Aina berkata konsert kerohanian Jumaat ini akan diserikan dengan kehadiran artis popular dari Indonesia iaitu Habib Sheikh AsSegaf dan Opick, dan beliau menjangkakan antara 10,000 dan 20,000 pengunjung akan hadir ke konsert itu.

Program lain disediakan pada festival Ramadan ini ialah pameran lukisan, pameran seni khat, jualan buku Islam, demonstrasi masakan, serta persembahan nasyid dan alunan zikir oleh Hafiz Hamidon, Raihan, In Team, Mirwana, Maulid dan Brothers.

"Kami percaya sasaran jumlah kunjungan akan tercapai, menerusi pelbagai tawaran menarik yang disediakan di festival itu, di samping kemudahan tempat meletak kereta yang mencukupi disediakan," kata Tengku Aina.

Date: 22 Julai 2013
Source: Sinar Harian
Selepas Imsak (23/07/13/131/1056)


Chup Iftar (22/07/13/123/801) Usahawan Islam mampu jadi gergasi ekonomi

Usahawan Islam mampu jadi gergasi ekonomi


MUAR - Usahawan Islam negara ini mampu menjadi kuasa gergasi ekonomi dunia jika mereka berkeupayaan mengeluarkan makanan dan produk halal yang boleh menampung keperluan umat Islam di peringkat global.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri berkata pasaran makanan dan produk halal dunia begitu besar, melebihi RM3 trilion yang membuka peluang besar untuk direbut usahawan Islam di negara ini.

"Tahun lepas Malaysia mengeksport produk halal bernilai RM35 bilion, menyumbang empat peratus kepada pendapatan keluaran dalam negara (KDNK). Oleh itu saya menyeru lebih ramai usahawan Islam menjadi pembekal kepada produk halal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan Hari Raya kepada 200 orang golongan tidak bernasib baik, di masjid Parit Bunga, Ledang di sini petang semalam anjuran Perbadanan Kemajuan Halal Malaysia (HDC).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Datuk Seri Jamil Bidin.

Hamim berkata pelbagai usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran produk halal, yang antara lain, meliputi makanan dan barangan kosmetik, untuk umat Islam di seluruh dunia.

Usahawan di negara ini katanya, bernasib baik memandangkan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengeluarkan sijil halal yang diiktiraf oleh negara Islam yang lain.

"Kita satu-satunya negara yang mengeluarkan sijil halal, di negara lain, sijil halal dikeluarkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti jawatankuasa masjid dan badan yang mewakili umat Islam setempat," katanya.

Date: 22 Julai 2013
Source : Sinar Harian
Chup Iftar (22/07/13/123/801)

Selepas Imsak (22/07/13/130/1055) Local SMEs adapt well

Local SMEs adapt well’


AGILE AND ADAPTABLE: Companies able to change business plans according to economic situation, says SME Corp chief

MALAYSIAN small and medium enterprises (SMEs) are agile and adapt easily to changes according to the economic situation, SME Corp Malaysia chief executive officer Datuk Hafsah Hashim said.

She said the current economic slowdown, especially in the US and Europe, are felt by the local SME community, but being small in size, they are more agile and able to adjust to the economic cycle.

“All SMEs are affected, but the beauty is how they can adapt to the situation, change their business plans and be agile to fit into the current business conditions,” she said when met at her office recently.

Hafsah said SME Corp’s survey in 2009 found that there was a lagging impact from the global economic slowdown on local SMEs.

Generally, the local SME sector is less exposed to the current economic malaise in the US, European Union or Japan as most of their products and services are for the domestic market.

Hafsah said only about a fifth of SMEs in the country are export-oriented, while the rest are domestic-oriented.

Commenting on the 2013 Budget, Hafsah said the incentives proposed under the budget blends in well with SME Corp’s programme for local SMEs to have a leapfrog growth.

“The incentives for angel investors and using intellectual property (IP) as collateral fit nicely with our Catalyst Programme under SME Masterplan … also fit into the whole ecosystem,” she said.

Under the 2013 Budget proposal, the government is making it more attractive for angel investors to provide funding to venture companies, where the total investment by an angel investor in a venture company can be allowed as a deduction against all income.

Another proposal is to allow SMEs with IP rights to use their IP as collateral to obtain funding.

In fact, Hafsah said the proposed incentives for SMEs, under the budget, will facilitate the Enterprise 50 (E50) award programme.

The E50 award, which is now in its 16th year, recognises 50 high-potential Malaysian SMEs. Only SMEs rated four-star in SME Corp’s Score (SME Competitive Rating for Enhancement) database are invited to take part in the award programme.

Besides a trophy and certificate, each E50 winner will receive various other incentives. Fifty high-growth SMEs with strong potentials will be unveiled at the E50 Award Gala Dinner tomorrow night.

The annual E50 programme is supported by International Trade and Industry Ministry and jointly organised by SME Corp and Deloitte Malaysia, with the support from Telekom Malaysia Bhd, RHB Bank Bhd, Business Times, Media Prima Bhd, Malaysia SME and Celcom Axiata Bhd.

Source : Business Times
Date: 19 July 2013
Selepas Imsak (22/07/13/130/1055)

Friday, July 19, 2013

Selepas Imsak (19/07/13/129/1054) Malaysia Yakin AEC Boleh Direalisasikan Menjelang 2015, Kata Mustapa

Malaysia Yakin AEC Boleh Direalisasikan Menjelang 2015, Kata Mustapa


PETALING JAYA, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia yakin Komuniti Ekonomi Asean (AEC) boleh direalisasikan menjelang 2015 memandangkan 80 peratus daripada tindakan yang diputuskan sudah pun dilaksanakan oleh negara anggota.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dalam kes Malaysia, 88 peratus daripada langkah-langkah itu sudah dilaksanakan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Forum Kepimpinan Asean ke-10, Mustapa berkata usahawan Malaysia sudah bersiap-sedia, terutama dalam langkah-langkah pembangunan kapasiti bagi meningkatkan daya tahan.

Beliau berkata pembangunan kapasiti sangat penting berikutan syarikat besar mudah menerima pakainya, namun beberapa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merasakan tekanannya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Mustapa berkata syarikat Malaysia memperoleh manfaat daripada penyepaduan ekonomi Asean apabila dapat meluaskan operasi mereka di negara Asean lain.

Syarikat seperti Maybank, AirAsia, CIMB, Sime Darby, Petronas dan Ingress Auto Ventures adakah antara contoh syarikat yang sangat aktif di rantau ini.

"Begitu juga syarikat dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina yang telah meningkatkan pelaburan masing-masing di Malaysia. Apa yang saya mahu lihat ialah penyertaan lebih banyak PKS," katanya.

Mustapa berkata terdapat banyak bidang ekonomi yang mempunyai kadar kejayaan penyepaduan yang sangat baik.

Dari segi asas pasaran tunggal dan pengeluaran, Asean sudah memansuhkan tarif, meliberalisasikan dagangan dan perkhidmatan dan menghapuskan sekatan ke atas pelaburan, katanya.

"Usaha sedang dilakukan untuk mengukuhkan penyepaduan pasaran kewangan. Kemajuan dalam inisiatif mewujudkan pasaran penerbangan tunggal, pasaran membeli-belah tinggal dan sektor rentas sempadan, sangat menggalakkan," kata Mustapa.

Dalam konteks meningkatkan lagi penyepaduan, Mustapa berkata dua kajian Pasca AEC 2015 sedang dilaksanakan.

"Satu kajian sedang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Asean dan Asia Timur dan satu lagi oleh Rajaratnam School of International Studies, Singapura dan Institut Kajian Asia Tenggara.

"Kajian ini sedang dilakukan bagi memudahkan Asean meningkatkan inisiatif penyepaduan ekonomi Pasca 2015. Kajian ini akan memberikan input bermakna kepada Asean dalam meningkatkan lagi kedudukannya sebagai rantau ekonomi yang kompetitif," kata Mustapa

Date : 18 July 2013
Source : BERNAMA



Chup Iftar (18/07/13/121/799) RM1.96b boost to Northern Corridor

RM1.96b boost to Northern Corridor


PRIVATE SECTOR INVESTMENT: Collaboration in four states to create 3,650 jobs

THE Northern Corridor has attracted RM1.96 billion worth of investment from its collaboration with the private sector in four states that will create 3,650 new jobs.

The corridor, also known as Koridor Utara, will see four big projects, including the development of the first mall-cum-four-star hotel in Taiping, Perak, by Unifortune Holdings Sdn

Bhd and a luxury boutique resort in Langkawi, Kedah, by Seri Chenang Resort Langkawi Sdn Bhd.

The 14-storey Taiping Mall will comprise over 220 retail shops and kiosks, eight-screen cineplexes, a 30-lane bowling centre, Taiping’s first four-star international chain Novotel hotel and Taiping Mall Convention Centre. This complex, with an investment of RM165 million up to 2014, will create additional 2,000 jobs in the area by next year.

The Seri Chenang Resort & Spa Langkawi is a boutique resort located on a 0.53ha site on Pantai Chenang, Langkawi. The RM10.17

million resort has six luxury traditional villas inspired by the grandeur of Malay heritage houses, offering a total of 13 rooms.

Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak witnessed the exchanging of the memorandum of agreements (MoAs) for the four

projects after chairing the 10th Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) council meeting.

Also present to witness the exchange of the MoAs between NCIA and the four companies were Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz

Mahathir, Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Perlis Menteri Besar Azlan Man, and Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

Seri Chenang Resort Langkawi Sdn Bhd was represented by its chief executive officer, Norlin Datuk Dr Zainal Abidin; Unifortune Holdings Sdn Bhd by its chief financial officer, Chan Yen Huei; JPB Asia Pacific by its managing director,

Mazri Mansor; and UWC Industrial Sdn Bhd by its managing director, Datuk Ng Chai Eng.

NCIA chief executive Datuk Redza Rafiq said more local players are taking interest in the business opportunities in the northern region with the conducive support eco-system that the NCIA has in place.

"Aside from encouraging the growth of local businesses and private sector involvement in Koridor Utara, these four projects aim to ensure that the local communities in the northern region will be able to benefit through the creation of additional employment.

"Putting aside the investment amount, our ultimate objective in Koridor Utara is to pursue the agenda of growth with social equity," said Redza.

To drive its development agenda, Phase II of Koridor Utara's evolution will also see the adoption of new tools and approaches to socio-economic development.

While major works are being put towards the broadening and deepening of the private sector's role in the economic development, the NCIA is seeking to implement the shared value concept, a win-win formula that refers to the innate interdependence that exists between the corporation and the community.

Source : Business Times
Date : 18 July 2013

Selepas Imsak (18/07/13/128/1053)Malaysia bakal hab industri kecantikan

Malaysia bakal hab industri kecantikan


MALAYSIA dijangka berpotensi menjadi hab tumpuan pelaburan bagi industri kecantikan di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Ecmi Ite Asia Sdn Bhd, yang juga penganjur pameran Cosmobeute Asia 2013, Saw Chee Pheng berkata, pasaran industri kecantikan negara semakin meningkat setiap tahun, ia didorong oleh peningkatan perbelanjaan pengguna dan ekonomi negara yang semakin baik.

"Industri kecantikan turut menyumbang perolehan yang baik kepada negara dengan menyumbang purata RM100,000 pendapatan tahunan setiap salon.

"Setakat ini, di Malaysia sahaja dianggarkan kira-kira 20,000 salon kecantikan sedia ada di seluruh negara," katanya selepas pelancaran pameran antarabangsa kosmetik, kecantikan dan spa yang dianjurkan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas berhubung pameran itu, Chee Pheng berkata, Cosmobeute Asia 2013 menarik lebih 300 peserta pameran daripada 10 negara antaranya Australia, Amerika Syarikat, Singapura, Korea, Hong Kong, Thailand, Perancis dan Jepun.

Menurutnya, tahun ini, syarikatnya menerima penyertaan daripada dua negara iaitu Turki dan Itali serta turut menyasarkan untuk menerima penyertaan daripada negara Eropah pada pameran akan datang.

"Pameran tahunan untuk kali ke sembilan itu juga mempamerkan 600 jenama kepada 20,000 pengunjung yang terdiri daripada pemilik salon kecantikan, spa dan kosmetik dalam dan luar negara.

"Ia juga menjadi platform kepada pemilik perniagaan dalam industri kecantikan untuk berkongsi idea dan meningkatkan persaingan dalam bidang itu," katanya.

Serentak pelancaran itu, 19 salon profesional turut menerima pengiktirafan di bawah Skim Persijilan Aesthetician dan Terapi Kecantikan (BTaA).

Source : Sinar Harian
Date : 16 July 2013
Selepas Imsak (18/07/13/128/1053)

Chup Iftar (17/07/13/120/798)Survival kereta jenama Malaysia

Survival kereta jenama Malaysia


Proton Saga SV kereta termurah di Asean pada harga RM33,438. Foto: BERNAMA

DILEMA. Mungkin itu dihadapi kerajaan kini mengenai industri automotif negara.

Rakyat mula meminta pasaran kereta dibuka sepenuhnya atau cukai eksais kereta luar dikurangkan.

Keterujaan pengguna untuk dapatkan kereta dengan harga rendah terbukti apabila jualan keseluruhan industri bagi Mei tahun ini jatuh 15 peratus berbanding tahun lalu.

Ini disebabkan sikap tunggu dan lihat pengguna yang menjangkakan harga kereta akan turun mendadak selepas pilihan raya, berdasarkan manifesto parti-parti politik.

Kerajaan pula melihat isu harga kereta dari sudut kebajikan 250,000 rakyat yang bekerja dalam sektor pengeluaran automotif negara dan 300,000 pekerja di sektor selepas jualan yang dikhuatiri terjejas jika pasaran dibuka sepenuhnya.

Mungkin mahu mencari keseimbangan, kerajaan berjanji menurunkan harga kereta secara berperingkat sehingga 30 peratus menjelang 2016.

Adakah janji ini akan membawa kepada kepupusan jenama kereta Malaysia?

Dalam tinjauan di Sinar Harian Online baru-baru ini, 87 peratus daripada hampir 4,000 pengundi mahu membeli kereta import jika harganya turun 30 peratus.

Minggu lalu, Honda Malaysia pula memperkenalkan unit pemasangan tempatan (CKD) Honda Jazz terbaru pada harga RM74,800, iaitu paling rendah pernah ditawarkan syarikat itu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Yoichiro Ueno berkata, kos rendah itu dicapai dengan menggunakan lebih banyak barang ganti tempatan.

Adakah ini bermakna barangan tempatan semakin berkualiti dan berdaya saing?

Proton, Perodua yakin boleh bersaing

Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sdn Bhd, Datuk Aminar Rashid Salleh yakin dan bersedia dengan persaingan akan datang.

Menurutnya, Perodua telah berjaya menurunkan kos pembuatan sebanyak 12 peratus dalam tempoh dua tahun sehingga akhir tahun lalu.

“Sasaran kami adalah penurunan kos 30 peratus menjelang 2016,” katanya.

Perodua juga mempunyai rancangan lebih besar bagi menghadapi penurunan harga kereta yang tidak dapat dielakkan, iaitu dengan menumpukan kepada pasaran eksport.

“Pasaran domestik akan sampai tahap tepu pada 2020 jadi kami akan fokus kepada eksport. Kami yakin dapat tembusi Asean kerana cita rasa dan keperluan pengguna hampir sama rantau ini,” katanya.

Perodua yang mengamalkan kontrak terbuka dalam pembekalan barangan turut meminta vendor tempatan supaya lebih berdaya saing.

“Kami tidak lupa dasar automotif negara adalah untuk memperkasa sektor sokongan (yang terdiri daripada peniaga tempatan),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, syarikat itu sentiasa merancang dan mencari jalan mengurangkan kos serta dalam masa sama meningkatkan kualiti dan aspek keselamatan kenderaan keluarannya.

Proton memperkenalkan model baru, Proton Saga SV iaitu kereta berkuasa 1,300 cc paling murah di Asean, pada harga RM33,438, bulan lalu.

“Saga SV antara usaha Proton untuk terus memberi kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Turun harga kereta tak boleh mendadak

Bagi penganalisis, langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat dan pengenalan Dasar Automotif Baru (NAP) dijangka diumumkan tahun ini akan memberi kesan positif kepada negara.

"Penurunan cukai import dan cukai jualan dijangka tidak akan dibuat secara drastik kerana akan menyebabkan kesan buruk seperti pengurangan mendadak nilai kereta terpakai. Penjual kereta terpakai akan dibebani kerugian besar," menurut Kenanga Research.

Sementara itu, penganalisis Hong Leong Investment Bank Bhd Daniel Wong dalam laporan industrinya bulan ini berkata, kejayaan program pengurangan kos Proton dan Perodua akan menyokong jenama nasional mendapatkan semula bahagian pasaran serta kualiti diperbaiki.

"Tapi pengguna masih tunggu pengumuman NAP yang akan beri gambaran jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap pembangunan industri automotif dan harga kereta," katanya.

Persoalannya, bolehkah kerajaan wujudkan satu mekanisme yang memberi rakyat kereta lebih murah tanpa jejaskan pengeluar dan rangkaian peniaga yang terlibat dalam pembuatan kereta nasional?


Source : Sinar Harian
Date : 17 July 2013
Chup Iftar (17/07/13/120/798)

Selepas Imsak (17/07/13/127/1052)ECER terima pelaburan baru RM750 juta

ECER terima pelaburan baru RM750 juta


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis bertukar dokumen perjanjian Perkongsian Kerjasama Strategik antara Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Isaace John dengan FELDA yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Faizoull Ahmad (depan kanan), pada majlis pengumuman pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, di bangunan Perdana Putra. - Foto Fariz Iswadi Ismail.

Projek capai sasaran tarik pelaburan berjumlah RM10b tahun ini syarikat tempatan sertai

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelaburan utama di negara ini apabila menerima pelaburan baru berjumlah hampir RM750 juta daripada 10 syarikat tempatan semalam.

Ia sekali gus meletakkan koridor ekonomi itu dalam landasan kukuh untuk mencapai sasaran menarik pelaburan baru berjumlah RM10 bilion tahun ini.

Sejak ECER dilancarkan pada 2007, ia sudah menarik pelaburan bernilai RM49 bilion dengan mewujudkan hampir 40,000 peluang pekerjaan baru.

Dalam tempoh separuh pertama tahun ini saja, ECER menarik pelaburan berjumlah RM23.64 bilion, melepasi sasaran RM15 bilion yang ditetapkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi seluruh 2013 ini.

Lima projek utama daripada pelaburan baru berjumlah RM750 juta itu ialah pembangunan ladang ternakan ikan sturgeon bernilai RM120 juta di Pahang oleh syarikat pelaburan FELDA, FELDA Investment Cor-poration (FIC) yang akan bekerjasama dengan MMC Hassed Co Ltd dari Korea Selatan.

Projek kedua ialah pembinaan kemudahan pengeluaran baja kompaun bernilai RM111 juta oleh FPM Sdn Bhd, anak syarikat FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Kuantan Pahang. Baja yang dihasilkan kemudahan baru itu akan digunakan di kawasan perladangan sawit milik FELDA di seluruh negara, termasuk petani kecil-kecilan di ECER.

Sebuah kilang pengeluaran makanan dalam tin dan sejuk beku bernilai RM50 juta pula akan dibangunkan Tropical Consolidated Corporation Sdn Bhd di Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali, Kelantan, sementara Educrest Sdn Bhd akan melabur RM108 juta untuk membina sebuah sekolah antarabangsa di Kuantan, Pahang bagi mengganti bangunan sedia ada.

Tingkat daya saing

Projek oleh Educrest itu akan menyediakan perkhidmatan pendidikan antarabangsa berkualiti di Pahang sekali gus meningkatkan lagi daya ECER di kalangan pelabur antarabangsa dan ekspatriat yang bekerja di Kuantan.

Projek utama kelima ialah oleh Pahang Technology Resources Sdn Bhd yang akan melabur RM250 juta untuk menghasilkan vaksin denggi halal di Taman Halal Gambang.

Sementara itu, lima lagi syarikat, Komitmen Mantap Sdn Bhd; RD Paper Sdn Bhd; Ganu DotCom Sdn Bhd; Heritage Farm (M) Sdn Bhd dan Tok Bali Dockyard & Engineering Sdn Bhd, iaitu kumpulan penerima dana mudah cara daripada TERAJU dan ECER bagi menggalakkan penyertaan pelabur Bumiputera dalam projek di ECER, membentuk baki komitmen pelaburan sebanyak RM105 juta lagi.

Komitmen Mantap akan melabur RM50 juta untuk membina sebuah loji solar berkuasa empat megawatt di Pasir Mas yang akan menjadi ladang solar pertama di negeri Kelantan.

D Paper pula akan melabur RM26 juta bagi membangunkan pusat kitar semula setempat di Kuala Terengganu, dan akan menjadi pusat teknologi hijau pertama dan yang paling canggih di ECER.

Pelaburan berjumlah RM17 juta oleh Ganu DotCom pula akan digunakan bagi membangunkan sebuah butik fesyen maya, yang menekankan kepada e-dagang dan pelancongan runcit.

Heritage Farm pula akan melabur RM7 juta untuk membangunkan ladang akuakultur bagi ikan air tawar dan udang bersepadu di Kuala Terengganu, manakala Tok Bali Dockyard & Engineering melabur RM5 juta untuk membina sebuah hangar kapal di Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara ECERDC dan 10 syarikat berkenaan di Putrajaya, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yakob; Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin; Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Wahid Omar dan Ketua Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Isaace John.


Source : Berita Harian
Date : 17 July 2013
Selepas Imsak (17/07/13/127/1052)

Chup Iftar (16/07/13/119/797)Explaining the Trans-Pacific Partnership

Explaining the Trans-Pacific Partnership


J ayasiri: ‘As a trade dependent nation, the current engagement in FTAs is largely motivated by the desire to open up markets and source investments in order to promote economic growth.’

The 18th round of the Trans-Pacific Partnership (TPP) negotiations is set to start in Kota Kinabalu on Monday.

The TPP has been in the limelight lately including in Parliament as there have been significant confusion and misundertanding about the free trade agreement.

Senior officials from the Trade and Industry Ministry too have been engaging actively with various organisations, NGOs and the media to address their concerns.

At the Kota Kinabalu meeting, Japan will be on board as the 12th participating country in the negotiations.

The TPP is an on-going plurilateral negotiations involving Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, United States and Vietnam, representing about 40% of world trade and population of more than 750mil people.

Malaysia’s chief negotiator and Miti’s senior director (strategy and monitoring) J.Jayasiri addresses some of these issues in an interview with StarBizWeek.

You have been engaging various stakeholders through talks and panel discussions on the TPP. Do you think Malaysians understand what the TPP is all about?

There is a lot of mis-information floating around about the TPP, which is creating a high level of discomfort among Malaysians. We are trying to close the information gap through our consultations.

I believe those who understand the principles of free trade and liberalisation know that what the Government is doing is to try to bring Malaysia to the next level. We have a number of programmes with similar objectives being undertaken domestically. The TPP provides us an opportunity to ensure that what we are trying to do at home is also in line with the realities of the global market place. Looking at the bigger picture, the TPP is just part of a process that the Government has undertaken to achieve the goal of becoming a developed, high-income economy by 2020. Our experience has shown that openness of the economy has contributed significantly to our growth and prosperity.

What are the major concerns raised by the NGOs apart from potential closure of SMEs and intellectually property rights? Are they backing their arguments with proof?

NGOs have also raised concerns on labour rights, environmental standards, higher cost of medicines and sovereignty of the nation. Some of the concerns are genuine, like the potential delay in generic drug production if the proposal to extend patent protection is agreed. Negotiations on this complex issue, however, are far from over. And the Government is on the same page with the NGOs on this issue. On other issues like labour and environment, the concerns are mainly based on the perception that the TPP will erode workers’ rights and lower environmental standards. This is not the case, as current proposals in the negotiations call for implementation of higher standards in both areas. There is also the fear that the Investor State Dispute Settlement would affect the sovereignty of the nation. The ISDS does not take away the right of Governments to regulate. It merely outlines the process by which disputes over rules in the TPP with respect to foreign corporations will be arbitrated.

There is a lot concern that TPP will result in increased competition in the domestic market for SMEs. The Government has given a lot of care in dealing with SME issues in the negotiations and refrained from making any commitments that would jeopardise this sector. On the other hand, a dedicated chapter has been negotiated to assist in the further development of SMEs and facilitate their participation in the global supply chain. SMEs can take advantage of these provisions to improve, innovate and market their goods and services in the larger market that the TPP will create.

In your “road tour” you keep on saying free trade agreement is good for you and me? How do you explain to the consumers that they are really benefitting from the TPP?

One of the main benefits of the TPP to consumers is trade liberalisation. Tariff elimination, a key feature of FTAs, allows us to enjoy a wider range of imported goods and services, with better quality and at competitive prices.

Gradual competition brought about by liberalisation has also made domestic producers of goods and service suppliers to be more competitive.

A good example is the local furniture industry. Gradual liberalisation has resulted in better quality products for the domestic consumers and made the industry competitive in the international market. In the services industry, the liberalisation of the education sector has allowed Malaysians to be educated locally in reputable institutions at a much lower cost.

The TPP also deals with technical regulations on products and health and sanitary matters. These chapters build on the WTO provisions and will facilitate regulators to ensure that consumers are protected through high standards and also health and food safety measures.

The Minister has said in parliament that details of the TPP study cannot be revealed yet. As the chief negotiator, what can you reveal to pacify your critics.

The Government commissioned an impact study on the TPP. The study was undertaken by the UNDP and included consultations with various stakeholders including NGOs. The study highlighted the benefits and challenges for Malaysia and contained recommendations of positions and strategies to be taken in the negotiations. The study has been used by our negotiators as a guide and for this reason we were not able to make this document public. But in the interest of transparency, the Ministry has shared this document in a limited way with a selected group of parliamentarians.

Do you think Malaysia will withdraw from the TPP?

We had three options. One was not to join the TPP at all and be a mere bystander as our competitors participate in an arrangement that offers huge potential for trade, investments, technological collaboration and capacity building. The second option was to wait till the negotiations are concluded before deciding to accede to the TPP agreement. This would mean accepting all that has been decided by the others.

The third option, and the one we took, was to get into the negotiations early and try to produce an outcome that takes care of our interest and concerns.

We are going into the 18th round of the negotiations. To date we have managed to address many of our concerns. There are still challenges, but we have not exhausted negotiations yet. There is still room for us to explore flexibilities in order to deal with our respective areas of concern and take care of national interest.

As negotiators, it is our job to push Malaysia’s interests and address our concerns as best as we can. If these are not addressed, or the final outcome of the agreement falls short of our objectives, then Cabinet will decide on the next course of action.

One main issue is drugs patent (trying to strengthen by extending the patent period). This would affect the makers of generic medicines. How does the TPP ensure that the poor continue to have access to cheaper medicines, or are they only concerned about patents and profits?

There are arguments in favour of providing sufficient incentives for drug companies to continue to develop and innovate. There are also concerns that extended patent protection would delay the entry of generics into the market. The challenge in the negotiations is to strike a fine balance between the need for incentives to innovate and the need for access to affordable drugs. Notwithstanding, countries can still introduce compulsory licensing, a right stipulated under TRIPS, to access generic drugs while the patent is still in force.

Often allegations surface the negotiations are being done rather secretively, very little transparency and no outside civic or activist groups are involved and only those with vested interest are part of the negotiations. How true is this?

This is not true. Negotiations are carried out among Governments, but it has not prevented consultations with stakeholders. As in all international negotiations where positions are evolving a certain degree of confidentiality need to be adhered to with regard to negotiating documents.

The Government has engaged all interested NGOs and politicians from both sides. In addition, the Government has undertaken consultations with business groups and professional bodies. All stakeholders consulted are given an opportunity to contribute their ideas to the TPP process, as well as to highlight their concerns on the impact of specific provisions or Chapters. These concerns are given serious consideration by the negotiators and positions are also taken on the basis of these consultations.

Japan will be joining negotiations in Sabah, how do you see Japan’s participation after 17 rounds?

Japan will finally join the other members at the later part of the 18th round. There is of course the worry that their late entry may delay negotiations. There is, however, an agreed process which will facilitate the smooth integration of Japan into the negotiations. With Japan’s experience in extensive FTA negotiations, I am certain they will be able to hit the ground running.

What has been Malaysia’s stand when it negotiates multi-lateral trade agreements?

Malaysia is fully committed to the completion of the stalled Doha Development Agenda in the WTO and we will continue to push for an open and fair trading system.

However, we are cognisant of the fact that the negotiations at the multilateral level is based on consensus, and with the complexity of the issues being negotiated as well as the increase in Membership (159 Members), the positions of Members vary considerably and the prospects of concluding the negotiations remain some distance away. Therefore, as a trade dependent nation, the current engagement in Free Trade Agreements (FTAs) is largely motivated by the desire to open up markets and source investments in order to promote economic growth.

How does the Government balance between the give-and-take that exists in trade negotiations?

Careful assessment is carried out throughout the negotiating process as new or revised proposals or revised emerge. These proposals are discussed in depth with all relevant stakeholders and their feedback is duly taken into consideration when formulating the national positions on these issues. Our negotiating positions are also governed by existing laws and policies.

Malaysia is not new to trade negotiations. We have been involved since the 1960s as a member of the GATT and subsequently the WTO. Along the way, we have undertaken liberalisation as part of our multilateral commitments as well as unilaterally. So in fact we already have a basis from which to build on and through our many consultations undertaken, we also know where our limits are and the maximum positions that we can take in any negotiations. For sensitive areas that we must concede, we will look into flexibilities in implementation of such commitments so that the impact on the stakeholders can be mitigated.

How does the issue of bumiputra rights figure in trade and market access negotiations?

Trade and market access negotiations will not impede any Government’s social agenda. Every nation has their own social development priorities to uplift the lives of those affected and marginalised.

Bumiputra rights continue to be an important consideration in all our FTA negotiations.

In all our commitments, every effort is made to ensure that the measures under the affirmative action policy are preserved. This has been addressed in all areas of the as negotiations either in the form of carve-outs and exceptions.

How does Malaysia balance between giving up domestic protection, and greater market access for the country in overseas market? (eg was the liberalisation of the 18 sub-sectors)

The Government undertakes careful assessment of current policies before deciding on any liberalisation commitments, whether pursuant to international negotiations or unilaterally. Among the issues considered would be the existing protection, competitiveness and strategic nature of the sectors.

These assessments would involve consultations with all relevant stakeholders, including regulatory bodies and existing players in the sectors concerned.

For the autonomous liberalisation of services, the 18 sub-sectors were chosen as these were areas that Malaysia wanted to develop and where there were limited local players involved.

The Government does not make unilateral decisions to give up any protection accorded for the benefit of the rakyat. Instead, any market access commitment undertaken will go through extensive consultations domestically, before decisions are arrived at. Our experience has shown that sectors that are most open have developed and strengthened faster than the closed sectors.

With trade increasingly shifting towards countries in Asean and China, how does that influence Malaysia’s position when it comes to negotiating trade agreements with the West?

Malaysia’s trade policy is based on a pragmatic approach. Our FTA engagements have been driven by the requests of the business community in Malaysia looking to expand overseas and into larger markets.

Malaysia is involved in the TPP, but it is also involved in trade negotiations to consolidate the Asean+1 FTAs into a regional grouping – the Regional Comprehensive Economic Partnership.

The goals of these two FTAs are the same but the approach is different as RCEP involves parties that may not be ready to undertake the kind of liberalisation envisaged in the TPP.

Both are complementary and offer manufacturers choice. Both arrangements aim to produce a seamless business environment for their members.

Those that wish to pursue market access in the US can use the TPP while those that wish to expand into China can use RCEP.

How do businesses and the government reconcile different requirements when it comes to all the different agreements, bilateral and regional, that the Government has and will commit to?

The biggest issue arising from the multiple trade arrangements that we have entered into is the different rules of origin which exporters have to comply with.

Rules of origin, however, are a necessity to avoid non-parties (free-riders) benefiting from preferential treatment that FTAs offer.

Regional arrangements such as the TPP and RCEP have the possibility of reducing this complexity through a common rule of origin.

How much is self-interest and politics now influencing trade agreements and its negotiations?

All countries have different reasons, but most of them pursue FTAs for economic objectives. What is important to remember is that countries embark on FTAs on their own volition and not forced to enter into negotiations. And there has to be a willing partner to negotiate with.

Our FTA engagements have been driven by the requests of the business community in Malaysia looking to expand overseas and into larger markets.

We have also witnessed closer integration of the region as a result of participation in FTAs.

Source : The Star
Date : 13 July 2013
Chup Iftar (16/07/13/119/797)





Selepas Imsak (16/07/13/126/1051) Syarikat bawah GLCT laksana umur persaraan 60 tahun

Syarikat bawah GLCT laksana umur persaraan 60 tahun


Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Program Transformasi GLC (GLCT) sudah melaksanakan umur persaraan minimum baru (MRA) 60 tahun untuk kakitangan masing-masing.

Sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG), berkata pelaksanaan berkenaan selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.

Pencapaian itu adalah satu lagi peristiwa penting dalam Program GLCT 10 tahun, yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2005, demikian mengikut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) di Kuala Lumpur, semalam.

Langkah untuk melaksanakan MRA oleh 17 GLC di bawah Program GLCT (secara kolektif dikenali sebagai G20) akan mendapat manfaat 353,020 pekerja am dengan pekerjaan tetap” Kenyataan Sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG)

Mengikut kenyataan itu, ia juga mencerminkan kepimpinan yang ditunjukkan oleh GLC dalam menjadi warga korporat yang bertanggungjawab yang meletakkan kebajikan pekerja sebagai agenda penting.

Pembangunan modal insan

“Langkah untuk melaksanakan MRA oleh 17 GLC di bawah Program GLCT (secara kolektif dikenali sebagai G20) akan mendapat manfaat 353,020 pekerja am dengan pekerjaan tetap.

“Jumlah ini lebih daripada 98 peratus daripada tenaga kerja G20 yang sebanyak 359,744 pekerja,” katanya.

Tenaga Nasional Bhd adalah antara yang pertama dalam kalangan G20 untuk menetapkan umur persaraan baru itu untuk pekerjanya iaitu pada September 2012.

Sejak itu, seluruh G20 serta lima syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Permodalan Nasional Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, melaksanakan MRA.

Pekerja adalah kumpulan pihak berkepentingan penting bagi GLC.

G20 membelanjakan RM339 juta untuk aktiviti pembangunan modal insan seperti latihan dan program pembelajaran pada 2012, peningkatan sebanyak 6.35 peratus terhadap jumlah yang dibelanjakan sebelumnya.

GLC di bawah Program GLCT juga menyediakan pelbagai manfaat jangka panjang untuk pekerja seperti kemudahan pinjaman perumahan dan kereta, perubatan, hospital dan bersalin, kemudahan penjagaan kanak-kanak, dan faedah perjalanan diskaun.


Source : Berita Harian
Date : 13 July 2013
Selepas Imsak (16/07/13/1026/1051)

Chup Iftar (15/07/13/118/796) GST tingkat daya saing firma tempatan

GST tingkat daya saing firma tempatan


Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan syarikat tempatan menjadi lebih kompetitif untuk bersaing pada peringkat antarabangsa, kata sebuah syarikat percukaian, audit dan perakaunan, MNZWAJ Associates.

Ia berikutan potensi penjimatan kos pengeluaran hasil penghapusan pelbagai cukai tersembunyi membabitkan pembelian barang mentah perniagaan.

Selain mengurangkan modal pengeluaran, GST juga membolehkan peniaga menuntut kembali pembayaran cukai bahan mentah, iaitu cukai GST yang dikenakan untuk pembelian setiap barangan mentah daripada cukai GST yang dikenakan bagi jualan produk siap.

Pengarah Urusannya, Mohd Nasri Ismail, berkata kini cukai sedia ada yang dikenakan bagi pembelian bahan mentah syarikat menjadikan produk keluaran mereka tidak boleh ditawarkan pada harga kompetitif berbanding produk sama luar negara.

Katanya, keadaan itu menyebabkan syarikat tempatan mengenakan harga lebih tinggi berbanding pesaing luar negara kerana faktor kos pengeluaran lebih tinggi yang mana ia menyebabkan syarikat tempatan hanya bergantung kepada jualan dalam negara.

Walaupun tujuan pelaksanaan GST adalah untuk meningkatkan sumber pendapatan kerajaan, ia tidak akan menyebabkan pertambahan beban cukai sedia ada kerana GST bertindak menggantikan cukai yang tidak seragam yang kini dikenakan ke atas kebanyakan bahan mentah.

Pengaruhi eksport negara

Justeru, tidak akan berlaku pertambahan bayaran cukai secara keseluruhannya, tetapi ia membolehkan kerajaan mengekang ketirisan cukai dalam kalangan syarikat kerana GST memerlukan simpanan rekod bagi membolehkan syarikat menuntut kembali cukai input mereka,” katanya kepada BH di Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau berkata, GST juga akan mempengaruhi eksport negara secara positif kerana selepas cukai itu dilaksanakan, ia tidak akan dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan yang dieksport ke luar negara.

Setakat ini, 146 negara di seluruh dunia sudah melaksanakan GST atau VAT dan bagi rantau Asia Tenggara, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar saja yang masih belum lagi melaksanakan sistem cukai berdasarkan penggunaan itu.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan syarikat tempatan menjadi lebih kompetitif untuk bersaing pada peringkat antarabangsa, kata sebuah syarikat percukaian, audit dan perakaunan, MNZWAJ Associates.

Source :Berita Harian
Date : 15/7/2013
Chup Iftar (15/07/13/118/796)

Selepas Imsak (15/07/13/1025/1050)GST boleh kurangkan kebergantungan minyak, gas

GST boleh kurangkan kebergantungan minyak, gas


KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh mengurangkan pergantungannya kepada sektor minyak dan gas dengan memperoleh hasil tambahan yang dikumpul menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd Group Dr Yeah Kim Leng berkata GST akan menyediakan fleksibiliti lebih besar kepada kerajaan untuk mengimbangi bajetnya serta meningkatkan perbelanjaan bagi merangsang ekonomi sekiranya timbul keperluan itu.

Hasil daripada sektor minyak dan gas ketika ini menyumbang 40 peratus daripada kutipan hasil negara, katanya.

Sama dengan bentuk cukai lain, Yeah berkata rakyat Malaysia meraih faedah dalam bentuk perkhidmatan termasuk kesihatan, keselamatan dan pendidikan, sebagai balasan berkongsi beban cukai GST, kira-kira dalam bahagian apa yang mereka belanjakan.

"Kerajaan tidak perlu mengurangkan perbelanjaan dalam bahagian ini sekiranya hasil tambahan boleh dikumpul menerusi GST. Selain manfaat langsung, tidak langsung, manfaat ekonomi yang besar daripada GST juga sama penting," katanya kepada Bernama.

Bagi mengekalkan paras perbelanjaan semasa tanpa GST, Yeah berkata cukai lain seperti cukai pendapatan korporat dan individu perlu dinaikkan jika tidak defisit fiskal dan paras hutang akan terus memburuk dan negara berisiko kehilangan pelabur dan keyakinan pasaran secara mendadak.

Di rantau ini, Malaysia merupakan antara empat negara selain Hong Kong, Brunei dan Myanmar yang masih belum melaksanakan GST bagi meningkatkan hasil kerajaan.

RHB Research dalam nota penyelidikan baru-baru ini berkata pergantungan tinggi kepada hasil minyak menjadikan kerajaan terdedah kepada turun naik harga minyak mentah antarabangsa, yang berada di luar kawalannya.

"Penurunan mendadak dan ketara harga minyak mentah dijangka memberi tekanan dramatik kepada kedudukan fiskal, kerana kebanyakan perbelanjaan kerajaan cenderung menurun dan tidak boleh dipotong dengan mudah," kata firma penyelidikan itu.

Pada 2009, kerajaan mengalami penurunan mendadak harga minyak mentah sebanyak 38 peratus apabila hasil minyak menyumbang hampir 40 peratus kepada hasilnya.

Bagaimanapun, ia berjaya mengimbangi kesannya menerusi perubahan cukai bagi pendapatan petroleum daripada tahun sebelumnya kepada tahun semasa pada 2010.

Source : Sinar Harian
Date : 11 July 2013
Selepas Imsak (15/07/13/1025/1050)

Chup Iftar (12/07/13/117/795) PM umum penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS

PM umum penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS


PUTRAJAYA 11 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memberi input berkaitan sektor itu dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata, pengumuman penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.

"Panel ini akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya mereka yang terkenal tetapi mempunyai rekod prestasi yang baik serta berkebolehan dan mempunyai masa untuk menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini," katanya.

Ahli Panel itu akan dibentuk juga daripada kalangan mereka dari luar negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan di sini hari ini.

"Panel ini akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya juga telah menyatakan kesanggupan untuk menerima dan mendengar laporan mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.

Sebanyak 155 program telah dirancang dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 467,838 PKS.

Perdana Menteri berkata, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang pertama dalam memberi akses kepada pembiayaan, sektor PKS juga telah mendapat kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88 peratus.

Source : Utusan Melayu
Date : 11 July 2013
Chup Iftar (12/07/13/117/795)

Selepas Imsak (12/07/13/124/1049)Definisi baharu PKS diperkenal

Definisi baharu PKS diperkenal


NAJIB Tun Razak disambut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (kiri) sejurus tiba bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Ke-14 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan definisi baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dijangka menambah bilangan firma PKS dalam negara bagi memudahkan transformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata definisi baharu ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Beliau berkata, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan hari ini telah meluluskan cadangan untuk menaikkan had kelayakan paras ambang bagi jualan tahunan dan bilangan pekerja bagi semua sektor ekonomi.

Bagi sektor pembuatan, beliau berkata PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta (kurang RM25 juta pada masa ini atau bilangan pekerja tidak melebihi 200 pekerja (kurang daripada 150 pekerja pada masa ini).

Bagi sektor perkhidmatan, beliau berkata nilai ambang juga dinaikkan iaitu PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta (kurang daripada RM5 juta pada masa kini) atau bilangan pekerja tidak melebihi 75 pekerja (kurang daripada 50 pekerja pada masa kini).

Di bawah definisi baharu, Najib berkata, perusahaan mikro merupakan firma yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau pekerja kurang daripada lima orang.

"Kajian semula ini adalah tepat pada masanya memandangkan perubahan ekonomi di mana melalui definisi baharu ini, bererti jumlah firma yang diklasifikasikan sebagai PKS akan bertambah berikutan takrifan semula ini.

"Berikutan definisi baharu ini, jumlah PKS dijangka meningkat daripada 97.3 peratus pada masa ini kepada 98.5 peratus," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang Ke-14 bersama ahli-ahli daripada 16 kementerian dan agensi, termasuk dari Sabah dan Sarawak di Bangunan Perdana Putra di sini.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz serta anggota Kabinet lain dan Ketua Eksekutif SME Corp., Datuk Hafsah Hashim.

Sementara itu Najib berkata Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan turut membincangkan breakout strategy untuk perusahaan mikro yang akan diperhalusi dengan lebih lanjut untuk memberi insentif dan galakan untuk meningkatkan produktiviti sektor itu.

Beliau berkata majlis itu juga membincangkan kertas cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam pusat penjaja bagi diberi nafas baharu.

Beliau berkata, enam pusat penjaja itu ialah Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak, Pusat Penjaja Jalan Usahawan, Medan Selera Taman Maluri, Medan Selera Taman Setiawangsa, Medan Selera Damai dan Medan Selera Mega.

"Kita telah menetapkan pendekatan baharu untuk memaparkan satu model yang lebih baik berdasarkan konsep pembangunan yang seperti mini Pusat Tranformasi Bandar (UTC) dan terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia.

"Kita juga memutuskan untuk mendapatkan kerjasama strategik dengan syarikat swasta supaya rupa bentuk pusat penjaja, tahap kebersihan dan ciri-ciri lain dapat dimasukkan dalam bentuk baru pusat penjaja itu.

"Dengan ini, pusat penjaja itu mempunyai daya tarikan kukuh berbanding dahulu," katanya.

Source : Utusan Melayu
Date : 11 July 2013
Selepas Imsak (12/07/13/1024/1049)







Chup Iftar (11/07/13/116/794)Pelabur Malaysia Digesa Rebut Peluang Perniagaan Di Kazakhstan

Pelabur Malaysia Digesa Rebut Peluang Perniagaan Di Kazakhstan


ASTANA (Kazakhstan), 11 Julai (Bernama) -- Para pelabur Malaysia perlu merebut peluang perniagaan di Kazakhstan, khususnya di dalam bidang hospitaliti, perbankan dan perkhidmatan pengangkutan, kerana sektor berkenaan masih baharu.

Duta Malaysia ke Kazakhstan Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata rakyat Kazakhstan adalah kaya dan negara itu, yang mendapat kemerdekaan 21 tahun lepas, masih belum mendapat perkhidmatan yang canggih dan terselaras di dalam sektor berkenaan.

"Jadi, kita masih berpeluang kerana kita mempunyai bank seperti Bank Islam dan Lembaga Tabung Haji yang memenuhi keperluan orang Islam...kita juga boleh memenuhi keperluan sektor pengangkutan seperti pembinaan jalan raya, kereta api dan pembinaan."

"Adalah baik untuk mengkaji penerokaan bidang tersebut kerana mereka mempunyai wang untuk dibelanjakan dan jika tidak, pelabur (negara) lain akan merebut peluang itu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini baru-baru ini.

Para wartawan berkenaan berada di negara itu kerana melakukan lawatan media khas bagi memenuhi jemputan kerajaan Republik Kazakhstan bersempena perayaan Hari Astana, yang menandakan ulang tahun ke-15 ibu negara tersebut, yang diwujudkan pada 6 Julai.

Ahmad Rasidi berkata negara itu sentiasa berharap mendapat peluang perkhidmatan yang baik dari negara-negara lain dan dengan itu, Malaysia boleh menjadi pemain besar kerana kedua-dua negara mempunyai regim ekonomi yang fleksibel.

"Negara itu kini berkembang sangat pantas di segi ekonomi dan kita perlu bertindak segera kerana jika tidak kita akan ketinggalan," katanya.

Selain bidang berkenaan, katanya pelabur Malaysia juga boleh meraih dan meneroka ke dalam bidang pelancongan perubatan, yang mendapat promosi kukuh di Kazakhstan kerana negara itu masih belum memiliki satu perkhidmatan perubatan yang kukuh bagi rakyatnya.

"Pada masa ini, mereka akan mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik di Eropah dan juga Thailand. Jadi, kita sedang berusaha mengajak mereka datang ke Malaysia kerana saya merasakan kita berada satu langkah di hadapan Thailand."

"Saya pasti kita dapat mempromosikan pelancongan perubatan kepada mereka," katanya di Rumah Malaysia.

Tambahan pula, Ahmad Rasidi berkata beberapa doktor dari Institut Jantung Negara (IJN) telah melakukan lapan pembedahan utama di Presidential Hospital di sini dan sehubungan itu, Malaysia mudah meyakinkan mereka.

Di segi pelancongan, beliau percaya kerajaan Kazakhstan akan melakukan banyak promosi mengenai negara itu agar rakyat Malaysia memahami keistimewaan negara itu.

"Mereka berpotensi di segi pelancongan, terutama sekali di Almaty (bekas ibu negara Kazakhstan) tetapi mereka tidak berupaya meneroka dan menggunakan potensi itu sepenuhnya."

"Kita boleh memainkan peranan untuk membina satu perkongsian dengan mereka dan pada masa yang sama, kita perlu memastikan Malaysia menyedari mengenai potensi berkenaan," katanya.

Sehingga kini, katanya bilangan pelancong Malaysia ke Kazakhstan masih sedikit dan kebanyakan mereka berada di sini kerana melakukan urusan rasmi.

Beliau percaya sebabnya adalah kerana regim visa dan kekurangan kesedaran mengenai Kazakhstan.

"Kita mesti faham bahawa walau pun Kazakhstan merupakan negara kedua paling miskin di kalangan Negara Bebas Komanwel (CIS) selepas ia mendapatkan kemerdekaan, mereka kini adalah negara kedua paling kaya."

"Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menjalin hubungan dua hala yang memberikan manfaat dengan Kazakhstan," katanya.

Source : BERNAMA
DATE : 11 July 2013
Chup Iftar (11/07/13/116/794)





Selepas Imsak (11/07/13/123/1048)GST lebih efisien berbanding cukai jualan

GST lebih efisien berbanding cukai jualan


KUALA LUMPUR 10 Julai - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih efisien dan menyebabkan kurang herotan ekonomi, berbanding cukai jualan yang ia akan gantikan, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi, Malaysian Rating Corp. Bhd. (MARC), Nor Zahidi Alias berkata, struktur GST akan menyediakan insentif kukuh bagi perniagaan untuk berdaftar dengan pihak berkuasa cukai dan seterusnya menambah baik kecekapan kutipan.

"Salah satu cara ia akan memberi manfaat kepada ekonomi ialah GST adalah neutral berkaitan dengan kuasa pasaran dan perniagaan, tidak seperti cukai jualan," katanya kepada Bernama.

Nor Zahidi berkata, cadangan kadar tujuh peratus akan memberi kesan minimum kepada harga dalam tempoh jangka sederhana dan panjang, berbanding cukai jualan sekarang antara lima peratus dan 10 peratus.

Beliau berkata, terdapat kemungkinan inflasi tinggi dalam fasa-fasa awal, terutamanya sekiranya aktiviti pencatutan tidak dibendung dengan baik.

Sementara itu RHB Research berkata, pengenalan GST dijangka membawa kepada kenaikan sekali inflasi, bergantung kepada paras barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan indeks harga pengguna (IHP) yang akan terlibat.

Pelaksanaan GST dijangka menambah antara 0.8 dan dua mata peratusan kepada IHP, mengandaikan kira-kira 20 peratus dan 50 peratus barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan IHP akan tertakluk kepada empat peratus GST, kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam Bajet 2013, kerajaan menyatakan adalah penting untuk melaksanakan rejim cukai baharu bagi memastikan kewangannya kekal kukuh, kata firma itu.

Ketua Ekonomi Nomura International bagi Asia kecuali Jepun, Rob Subbaraman berkata, cukai penggunaan akan meningkatkan hasil kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal yang seterusnya juga boleh meningkatkan lebihan akaun semasa.

"Cukai penggunaan boleh berfungsi meningkatkan lebihan akaun semasa kerana ia boleh mengurangkan penggunaan isi rumah berbanding pendapatan," katanya.

Source : Utusan Melayu
Date : 10 July 2013
Selepas Imsak (11/07/13/1023/1048)

Chup Iftar (10/07/13/115/793) Courts bets on economic growth with 'Big Box' megastore in KL

The Malaysian Reserve
5.7.2013
Chup Iftar (10/07/13/115/793)

Selepas Imsak (10/07/13/122/1047) PNS:Franchisors should look abroad

The Star
1.7.2013
Selepas Imsak (10/07/13/122/1047)

Afternoon Highlights (09/07/13/114/792) Taking giant step into mini marts

Afternoon Highlights (09/07/13/114/792)
1.7.2013
The Star

Today's Pick (09/07/13/121/1046)Medini Empire, Iskandar Malaysia pusat komersial RM2 bilion


Medini Empire, Iskandar Malaysia pusat komersial RM2 bilion


KUALA LUMPUR 8 Julai - Iskandar Investment Bhd (IIB) menjalin pakatan dengan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd untuk membina pembangunan komersial bersepadu, Medini Empire, di kawasan seluas 9.62 hektar di Medini Iskandar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, syarikat melalui unit milik penuhnya, Medini Land Sdn Bhd, dan anak syarikat milik penuh Mammoth Empire, Mammoth East West Sdn Bhd, akan melabur lebih RM2 bilion dalam projek berkenaan, yang dijadualkan pembinaan pada 2015.

"Medini Empire akan terdiri daripada menara pejabat, hotel, pangsapuri berperkhidmatan, pejabat, ruang perniagaan, pusat konvensyen, dewan konsert, pawagam gaya hidup dan kedai khusus," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian langganan pemegang saham dan pembelian pajakan antara kedua-dua pihak dan Cosmolane Development Sdn Bhd di sini hari ini.

Cosmolane Development, yang kemudian dikenali sebagai Empire Iskandar Sdn Bhd, merupakan pemilikan 40 peratus oleh Medini Land dan 60 peratus milik Mammoth Empire.

Syed Mohamed menandatangani bagi pihak IIB dan Mammoth Empire diwakili Pengarah Urusan kumpulannya Datuk Sean Ng dan Pengarah Eksekutif kumpulan Datuk Danny Cheah Joi Yong.

Cheah berkata, usaha sama berkenaan akan terus meningkatkan kedudukan strategik Mammoth Empire dan membolehkannya bekerjasama dengan Iskandar Investment dalam bidang kecekapan relatif di samping mempelbagaikan aktiviti ke dalam bidang perniagaan lain.

Selain itu, beliau berkata, Iskandar Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk sebanyak 1.35 juta orang pada 2025 dengan 66 peratus daripada mereka dalam umur bekerja.

Penduduk juga diunjurkan berkembang pantas dalam 20 tahun akan datang.

"Oleh itu, kami menjangka peluang pertumbuhan dan komited untuk terus melabur dalam kawasan ini (Iskandar Malaysia) bagi merealisasi wawasan kami untuk mewujudkan pembangunan hartanah bagi memenuhi tuntutan gaya hidup hari ini.

"Kami percaya usaha sama ini akan mengukuhkan komitmen kami ke arah menacapai wawasan kami dan kami pasti pelaburan kami akan mendapat pulangan bila tiba masanya," katanya.

Medini Empire, yang dijangka siap pada 2018, merupakan satu daripada pelaburan di Iskandar Malaysia, yang sehingga kini menarik RM111 bilion nilai pelaburan.

Source : Utusan Melayu
Date : 8 July 2013
Today's Pick (09/07/13/121/1046)

Afternoon Highlights (08/07/13/113/791)Usahawan diseru daftar harta intelek

Usahawan diseru daftar harta intelek


ALOR GAJAH - Usahawan di negara ini digesa mendaftarkan harta intelek mereka demi menjamin pendapatan sendiri selain membolehkan syarikat dan individu yang berminat membeli lesen penggunaannya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata harta intelek yang tidak didaftar bukan sahaja membuka ruang kepada lanun cetak rompak, tetapi juga menghadkan pendapatan usahawan terbabit.

Menerusi pendaftaran harta intelek mereka, usahawan tidak hanya bertumpu kepada penjualan produk yang dihasilkan mereka tetapi juga mencari cara di luar kotak untuk menjana pendapatan termasuk menjual lesen penggunaan, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

"Perkara ini (pendaftaran harta intelek) jika tidak diambil berat dikhuatiri akan menjejaskan jualan produk seseorang usahawan sekiranya ada individu lain yang turut mengeluarkan produk sama menggunakan jenama mereka," katanya.

Terdahulu beliau mengadakan Lawatan Inovasi ke Bendang Studio Art and Craft yang menghasilkan pelbagai produk kraf tangan berasaskan seramik. Lawatan itu merupakan siri keempat dilakukan Abu Bakar di Melaka dalam usaha mendekati dan mengetengahkan usahawan tempatan.

"Ada orang banyak duit tetapi tidak idea dan ada orang pula ada idea tapi tidak ada duit. Pereka cipta yang tidak ada duit boleh cagarkan produk yang telah didaftarkan itu untuk dapatkan duit bagi memulakan perniagaan, manakala peniaga dapat menghasilkan produk inovasi tinggi.

"Saya amat berharap lebih ramai pereka cipta menyedari semua ini bagi membolehkan mereka melangkah ke hadapan dengan mengkomersilkan produk ciptaan mereka seterusnya membentuk rakyat berinovasi tinggi di negara ini," katanya.

Katanya semua langkah itu mampu menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar produk berinovasi tinggi terutama bagi pasaran tempatan. - Bernama

Source : Sinar Harian
Date : 7 July 2013
Afternoon Highlights (08/07/13/113/791)

Today's Pick (08/07/13/120/1045)Mentor dari United Kingdom

Mentor dari United Kingdom


Mariamah Jaafar (tengah) mengatakan sesuatu pada sesi meja bulat bertajuk Memperkasa Wanita Luar Bandar di Malaysia bersempena Persidangan Global Summit of Women 2013, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

AINI Othman, 51, boleh dikategorikan sebagai wanita yang bijak mengambil peluang. Jiwanya juga cenderung ke arah perniagaan. Walaupun hampir 20 tahun berkhidmat sebagai wakil jualan, bidang perniagaan tetap menjadi punca pendapatan sampingannya sejak muda.

Namun Aini mempunyai satu kelemahan, dia pandai bisnes tapi tidak tahu menguruskan perniagaannya dengan baik.

Dia mengakui duit pendapatan hasil perniagaannya seakan habis begitu sahaja kerana lemahnya sistem perakaunan yang dicaturnya sendiri.

Hinggalah pada tanggal Mei 2012, Aini mengetahui tentang Yayasan Pendidikan Wanita dan Latihan Vokasional Malaysia (YPVWM).

Yayasan ini telah menganjurkan satu program perniagaan berkonsepkan mentor khas untuk usahawan wanita.

Lebih hebat, program ini telah mendapat kerjasama dari syarikat telekomunikasi terkenal Maxis bersama dengan Yayasan Cherie Blair untuk wanita dan Qualcomm Wireless Reach.

Justeru apakah manfaat yang Aini dapat menerusi program ini?

"Terlalu banyak!," ujar Aini penuh teruja ketika sesi meja bulat bertajuk Memperkasa Wanita Luar Bandar di Malaysia bersempena Persidangan Global Summit of Women 2013, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sesi meja bulat tersebut telah dijayakan bersama Pengarah Urusan Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajanuddin; Timbalan Presiden Hal Ehwal Kerajaan Qualcomm Incorporated, Shawn A. Cowell; Presiden Yayasan Pendidikan Wanita dan Latihan Vokasional Malaysia, Mariamah Jaffar; dan Ketua Jabatan Korporat dan Peniagaan Kerajaan dalam divisi perdagangan Maxis, Nasaruddin Mohd Zaini.

Aini salah seorang dari lebih 50 usahawan wanita yang menyertai program ini sejak dilancarkan pada tahun 2012.

"Impian saya untuk melancarkan sendiri rangkaian penjagaan kulit wajah dengan jenama saya sendiri. Saya yakin dengan pengalaman makan gaji dan ilmu yang diperolehi untuk menjayakan impian ini, cuma saya tidak begitu pasti tentang selok belok perniagaan yang sebenar.

"Saya juga perlu belajar tentang pemasaran, pembangunan produk dan pembungkusan, perancangan perniagaan dan pendaftaran produk.

"Hinggalah selepas saya mendaftar dan terpilih untuk program mentor tersebut dan diperkenalkan kepada Audra Shallal dari Next Woman, United Kingdom.

" Dia menjadi guru, pemberi motivasi untuk saya merealisasikan impian ini," cerita Aini mengimbas kenangan lebih setahun lalu.

Aini dan Audra memulakan misi dengan membangunkan model perniagaan, laman web, pelan pemasaran, pendaftaran dan pelancaran produk.

Dalam setahun tempoh program berlangsung, Aini telah berjaya mengikuti segala nasihat, tugasan dan melaksanakan apa yang telah dirangka bersama Audra dengan jayanya.

"Audra adalah seorang mentor yang sangat baik, dia jugalah pemberi motivasi yang bijak, dia sentiasa positif terhadap idea saya. Dalam pada itu saya mula mengubah paradigma saya tentang kecanggihan teknologi maklumat dan memanfaatkannya.

"Kalau dulu saya memang tidak tahu menahu tentang dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan tidak berminat langsung untuk mengetahuinya. Tapi kini saya sedar yang ICT satu platform terbaik untuk perniagaan saya," katanya yang mengakui penguasaan bahasa Inggerisnya juga semakin mantap setelah 'berguru' dengan Audra.

Aini kini telah melancarkan produk rangkaian penjagaan kecantikan kulit yang diberi nama Neugens.

Menerusi mentornya juga, Aini membuka akaun Linkedln, Tweeter, Facebook yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Terus berhubung dengan ICT

Menerusi program yang disertai, Aini telah dilengkapkan dengan ZTE Tab dengan pengaktifan 3G oleh syarikat komunikasi terkemuka Maxis dengan kerjasama Qualcomm.

Dengan tablet itu jugalah Aini berhubung menerusi Skype dengan mentornya Audra juga melaksanakan strategi perniagaannya di masa saja tak kira masa.

Sementara itu, Mariamah dari YPVWM pula berkata, program ini terbuka kepada semua wanita yang mahu menjadi usahawan dengan beberapa kriteria yang mesti dipenuhi.

"Pertama sekali wanita tersebut perlulah mempunyai perniagaan, idea dan yang paling utama ialah komitmen berterusan. Program ini berlangsung selama setahun dan kerjasama dari ahli keluarga juga memang dituntut.

"Ini kerana, mentor dan usahawan perlu berhubung mungkin pada masa yang tidak dapat dijangka kerana jarak dan pelbagai lagi urusan lain. Justeru kerjasama kukuh dari setiap ahli keluarga memang amat diperlukan.

"Selain itu usahawan itu juga mestilah mempunyai idea yang realistik dan tidak mustahil untuk dicapai," jelasnya.

Mariamah juga berkata tiada had umur untuk menyertainya, dan program ini boleh diibaratkan seperti mengikuti kelas perniagaan secara dalam talian.

Nasaruddin selaku wakil dari Maxis juga turut menominasikan beberapa nama menerusi program komuniti jalur lebar mereka untuk mengambil peluang dalam program mentor peniagaan ini.

Shawn A. Cowell yang turut hadir bersempena persidangan tersebut juga menyuarakan hasratnya untuk memperluaskan lagi kerjasama menerusi penyediaan rangkaian 3G yang lebih baik.

"Wanita Malaysia harus memanfaatkan ICT demi kelangsungan kehidupan mereka," ujarnya.

Source : Utusan Melayu
Date : 4 July 2013
Today's Pick (08/07/13/1020/1045)